Sungguh indah malam ini... Bercahayakan bulan yang bersinar menerangi cahaya kegelapan.. Di lengkapi dengan taburan bintang yang berkilau.. Bunyi-bunyi unggas yang berlagu bagaikan menghidupkan suasana kampung yang aman ini. Begitu besar kuasa Yang Maha Pencipta yang menciptakan alam yang serba kelengkapan ini. Dengan angin yang bertiup mengikut irama yang di tentukan oleh Nya. Sememangnya sudah lama aku tidak merasakan suasana yang sebegini. Terlalu sukar untuk didapati di mana-mana.
Tanpa ku sedari air mata ku membasahi pipi ku yang sejuk ini. Terkenang peristiwa-peristiwa aku bersama si dia. Terlalu banyak peristiwa yang manis telah terlakar dalam sejarah ku bersama si dia. Perasaan rindu mula melumbai diri ku. Kegelisahan menjadi terhadap diri ku ini. mengapa aku dan dia di pertemukan..??? Mengapa perasaan kasih dan sayang wujud di antara aku dan dia..?? Adakah itu boleh di katakan sebagai jodoh..?? Semua yang berlaku semestinya dikira sebagai takdir. aku hanya manusia yang lemah dan tidak boleh melawan takdir yang di tentukan oleh Allah S.W.T. Dia Maha Mengetahui dari apa yang tidak ku ketahui. Sungguh Dia Maha Bijaksana. Dan aku percaya akan kebesaran Maha Esa. Oleh itu tentu ada sesuatu hikmah di sebalik yang terjadi. Sekiranya aku bertakwa dan berserah diri tehadap Yang Maha Esa.
Persoalan kini, adakah aku bisa meneruskan hidup ku tanpa si dia. Mungkin akan kurasa tidak lengkap hidupku ini. Bagaimana harus ku lalui tanpa dia di sisi ku ini. Sepi kurasa hidupku ini bagai malam yang tiada sinaran bulan. Malam tiada serinya.Namun kiranya itu takdir ku. Akan ku tempuhi dengan penuh kesabaran. Sesungguh nya Allah S.W.T Maha Mengetahui daripada aku. Maha Bijaksana. Aku percaya suatu hari nanti yang baik akan di balas baik.
Selagi ada peluang aku akan berusaha untuk mendapat yang aku impikan. Dan kepada Mu jua Ya Allah, aku berserah.
3 comments:
waaaaaaaa.....ayat...power...buley ngorat awek ni..pandai bermadah..ehehe...chill oke!
hahahahaaa...... biasa la akuriena... test ayat nie... memang power la kira...
lama x update blog terr
Post a Comment