Pages

Labels

Showing posts with label pandangan/pendapat. Show all posts
Showing posts with label pandangan/pendapat. Show all posts

Friday, June 24, 2016

Sabar lah wahai hati

Perghhhh... Tajuk pom cm jiwang2 dh.. Hahaaaa... Macam2 ada.. Teringin nk coret kan sikit Lah.. Uat renungan bersama... Makin hari makin tua Lah Kate kan... Makin dekat lak ngan mati... Dunia ni sementara saje... Bersabar Lah wahai hati... Muga penuh dgn keimanan.. Salam ramadhan....

Sunday, March 20, 2016

Never give up

Semangat jgn putus ase adalah Yg terbaik... Igt salagi kite hidup pasti ada harapan.. Tempuhi Lah hidup ini dgn penuh kesabaran.... Gud luck....

Sunday, March 6, 2016

Lets do something amazing

Hidup x salalunyer indah.. Indah itu datang bila melakukan satu perkara Yg menakjubkan.. Sama ada gagal atau berjaya is tetap indah...

Monday, July 8, 2013

PERTOLONGAN

Nape tetiba jew hari ni aku nak menulis sal pertolongan kot... Mungkin pada ketika n aku sgt2 buntuh kan pertolongan... Pernah  korng rse bila korang perlukan pertolongan x dasape pom yg snggup tolong... Prghhhh.... Hebat kan time tu... Tp korang kena pkir la... Ada sebab benda tu berlaku... Walau macam mana pom... Allah sentiasa ad... D situlah tempat meminta pertolongan sebenar nyer... Kekadang kita lupa pada Nya yang Maha Kuasa.... pertolongan ini berkait dgn masaalh... So masaalah tu sebenarnyer ujian untuk kita.. mengingatkan kita kepada Nya... Masaalah tu bleh d selesai... Tiada masaalah yg x boleh d selesai... Semoga kita terus kan hidup ini dengan harmoni... Hidup dgn tolong menolong ni akan memberi keharmonian kepada kita semua...

Sunday, May 27, 2012

KEPASTIAN

Saat yang di tunggu pasti tibe... Dongakan kepala.... Tarik nafas sepanjang nyer.... Masa Hadapan yang kite harapkan pasti tiba.... heheheee..... Semoga yang di rancang akan terjadi.....

Saturday, December 17, 2011

Tentang perasaan

Salam musim tengkujuh semua... Harap sihat sejahtera walaupom time2 musim ujan datang melanda nie. Kat sini area kelantan nie dah banyak hari dah ujan. Nak uat cam ner kan dah musim dia. Terima je.. Senang cerita. Hahahaa... Meleret jauh dah aku nie... Berbalik pada tajuk aku nie. Tentang perasaan..??? Ringkas je tajuk nie tapi aku rasa uraian dia berjela nie. Nie sebenarnyer pendapat dan pandangan aku je.. Kalau korang x setuju just abaikan saja. Aku cuma ingin menimbul kan beberapa persoalan jew. Biasa la aku nie.. Ujan sikit asyik duk termenung jew. So datang lah satu ilham atau terfikir bab perasaan nie. Mesti korang seme tahu kan.... Perasaan nie ada yang negetif dan yang positif. Yang mana x baik tu dia akan pergi kat negetif la dan sebaliknya. Kat sini aku nak tya korang seme..?? Perasaan nie datang dari mana korang agak.. Dari akal korang ke..?? Atau dari pikiran korang ke..?? Atau dari mana lagi..?? Susah ke soalan aku nie..?? X la susah sgtkan.. Bagi aku perasaan ini datangnyer dari suasana yang kita hadapi pada masa itu.. Suasana itu akan mewujudkan atau melahirkan perasaan kita. Sebagai contoh bila anda tidak suka akan suasana itu anda akan cepat melahirkan perasaan marah dan kurang selesa. Maksub sy begini bila anda tidak suka akan keadaan kerja yang kelam kabut. Bila suasana itu sedang berlaku anda akan cepat atau mudah memarahi orang. Itu lah sebab sy mengatakan bahawa perasaan itu lahir dari suasana sekeliling kita. Kalau begitu suasana yg melahirkan perasaan.. Mengapa pula kita sering kali di kuasai oleh perasaan.. Huhuuu... Makin sakit kepala aku nie..?? Banyak pendapat yang aku dgr bahawa perasaan tidak boleh di tipu.. Aku setuju dengan pendapat tu.. Ini menunjukan bahawa perasaan itu timbul dari suasana. Senang cerita la.. Suasana bercinta akan melahirkan perasaan sayang... Btol tak..?? Berbalik pada persoalan aku td.. Mengapa sering kali kita dikuasai oleh perasaan.?? Dapatkah kita menguasai perasaan kita..?? Nie aku nak uraikan sikit.. Bila sesuatu perasaan melanda kita sebagai contoh marah.. Reaksi muka kita akan menunjukan kita marah.. Itu memang tidak boleh di elak dah.. Akan tetapi perasaan marah itu kita masih dapat mengawal lagi. Dalam islam mengajar kita apabila marah maka berduduk lah kamu, marah tdk hilang lagi maka tdur lah kamu, marah tdk hilang lagi maka berwuduk lah kamu.. Mari kita tengok islam mengajar kita cara mengawal perasaan yang lahir dari suasana itu.. Sesuatu yang di cipta ada tujuan nya.. Sekiranya di gunakan dengan betul maka untung lah jawab nyer.. Perasaan sedih melanda akan mengingatkan kita semasa gembira. Tidaklah lengkap hidup ini tanpa perasaan.. Perasaan itu anugerah kerana ia mengaitkan suasana dengan hati kita.. Kalau anda inginkan kegembiraan maka hidupkan lah suasana yang harmonie. Tiada cara yang lebih harmonie selain cara hidup islam yang sejati. Semoga kita semua temui kebahagian yang sejati. Insyaallah.... Ada jalan nyer.. Semoga temui jalan tersebut.... 

Thursday, October 27, 2011

Sesuatu yang diciptakan mesti ada tujuannye.

Salam semua... Terpikir plak aku hari nie.. Ada tak benda yang diciptakan x da tujuan... Hehehe... Mesti x da kan... Pelik atau ganjil kan kalau sesuatu yang di cipta x da tujuan kan... Sama ada tujuan baik atau buruk , x kisah lah semua tu bertujuan juga. Walhal benda yang sekecil sekali pom mesti ada tujuan atau kegunaan yang tersendiri kan. Sini aku nak mempersoalkan je..?? Kita manusia nie di ciptakan untuk ape..??? Pernah korang semua terpikir benda nie.. Heheheee... Yang tahu bila pagi bangun gosok gg uat xtiviti cam biasa bila malam plak tidur... Tu je yang tahu kan... Tu aku cakap aku la... Klau korang aku tak tahu la..??? Heheee... Pikir duk pikir mari , terjumpa jawapan yang ringkas bagi aku.. Manusia di ciptakan adalah untuk taat pada Yang Maha Mencipta manusia itu iaitu Allah s.w.t.. Bagaimana nak taat tu..?? Yang nie aku x nak urai panjang2 takut tersalah plak.. Secara ringkas nyer ikutilah sunnah/hadis Rasulullah s.a.w dan kitab Al-quran yang di turunkan... So kena la belajar ilmu nie ea.. Kalau tak rugi la kita... Kita mungkin akan tersesat dari jalan yang benar jika tidak belajar dari sunnah/hadis Rasulullah s.a.w dan Al-quran yang diturunkan itu... Semakin kita belajar semakin jelas tujuan hidup kita nie... Selamat mencari tujuan hidup yang sebenar ea..

Monday, October 24, 2011

Di dalam masalah, terletak benih kemenangan masa depan.

Kata-kata yang mungkin pendek. Tapi memberi makna yang begitu besar dan membuatkan diri merasa sesuatu semangat untuk terus berjuang. Dalam perjuangan hidup pasti ada masaalah bagi melengkapkan hidup ini. Masaalah sering melanda dalam kehidupan bagai hujan yang menimpa bumi. bagi orang bijak pandai mereka mengangap masaalah itu sebagai ujian untuk melonjakkan diri mereka ke tempat yang lebih tinggi lagi. Dengan ujian jugak kita dapat tahu siapa diri kita ini. Itulah cara untuk mengukur keaadaan seseorang. Apabila kita menghadapi masaalah , apakah yang kita lakukan..?? Kita patut menghadapi masaalah itu dengan penuh kesabaran dan tidak boleh lari dari masaalah yang kita hadapi. Kira nyer kita lari , kita mengalami satu pengalaman yang sangat berharga. Apa pengalaman itu..?? Pengalaman menghadapi masaalah serta mengenal masaalah tersebut dan cara mengatasi masaalah tersebut. Mengapa masaalah timbul..?? Masaalah akan timbul sekiranya kita melakukan kesilapan atau pom mungkin perancangan kita tidak betul. Mungkin juga masaalah itu ujian dari Allah s.w.t serta hukuman ke atas kita kerana banyak membuat kesilapan. 
p/s: tempuhilah hidup dengan penuh kesabaran. Terima lah apa yang di takdirkan oleh Allah s.w.t. Ini kerana Allah s.w.t Maha Mengetahui dari kita semua. Tanpa masaalah hidup kita tidak lengkap seperti memasak tanpa rempah ratus atau garam. Benih kemenangan untuk masa hadapan terletak dalam masaalah yang kita hadapi sekarang. Muga Allah s.w.t merahmati hidup kita semua... :)

Thursday, October 20, 2011

Bercakap benar

Hiiii alll.... Salam semua... Arap sihat jew... Pepagi nie aku terfikir sal bercakap benar plak. Ade2 jew la kan... Bercakap benar nie boleh di sama ertikan dengan jujur.
Pada sapa kita nak jujur nie..???
# Bagi aku kita perlu jujur pada diri kita sendiri. Apabila jujur pada diri sendiri kita akan jujur pada orang lain. Kenapa kita perlu jujur..???
# Kita perlu jujur kerana ini akan menjejaskan masa hadapan kita. Ia juga akan membentuk keperibadian kita serta menjadi satu habits kepada kita. Kalau dah jadi gitu susah la nanti.
Bagaimana sifat jujur nie dapat di tunjukkan..???
# Nie senang je nie.. Mestilah dengan tingkah laku iaitu perbuatan kita serta dengan perbicaraan iaitu percakapan kita.

Dulu aku nie suka sangat cakap nipu... Hehehee.. Nak kata kuat tu tak r. Tapi bila di fikirkan balik terasa bodoh lak menipu nie. Bukan leh ape pom... Apabila terbongkar rase nyesal lak... walau pom aku menipu untuk menjaga hati seseorang. Tapi aku sedar sekarang aku perlu jujur pada diri sendiri. Terasa senang hati bila kita tidak menipu nie. Adakala nyer bila kita bercakap benar nie akan menggoris hati sesiapa di sekeliling kita , akan tetapi itu membuatkan kita sedar dan kita tahu diri kita sebenarnye. Dengan itu juga membuatkan kita lebih matang dan lebih dewasa... 


Wednesday, October 19, 2011

Tidak ada satu perkara terjadi secara kebetulan

Kebetulan atau lebih di fahami dengan tidak sengaja sering kali membuat pikiran aku bercelaru. Memikirkan sesuatu perkara yang terjadi itu sebenarnya secara sengaja atau tidak sengaja. Sebenar nye hidup ini sangat misteri jika di fikirkan sudah tentu tidak tercapai akal kita yang lemah ini. Hanya Allah s.w.t saja yang Maha Mengetahui , Maha Bijaksana. Pernah kah kita semua merasa... Kenapa aku jadi cam gini...??? Kenapa hidup aku begini..??? Mengapa...??? Dan banyak lagi la.. Mesti pernah kan... Seharus nya kita perlu positifkan minda kita yang terjadi mesti ada hikmah nya.. Mesti ada sebab nya.. Dengan kuasa Allah s.w.t semua akan jadi. Wajar lah untuk saya katakan disini bahawa tidak ada satu perkara terjadi secara kebetulan. Ia nya mesti bersebab dan ada hikmah di sebalik nya.... Hanya kesabaran yang di perlukan bagi bekalan untuk berjalan....

Saturday, October 8, 2011

Membentuk keperibadian yang mulia


Salam semua... Alhamdulillah.. Harap sihat semua nyer. Nie aku nak bagi pandangan serta nasihat atau motivasi skit serta berpesan terhadap diri sendiri. Nie aku tulis berdasarkan pengalaman aku serta pandangan aku sendiri. Seperti yang kita sedia maklum manusia nie memang makhluk yang sangat lemah dan sering kali melakukan kesilapan. Adakala kita melakukan benda yang kita fikir kan betul tapi masih ada salah lagi. Itu menunjukan kita nie sgt2 lemah dan kita di beri satu sifat yang sgt bahaya bagi aku. Iaitu keegoan. Sifat nie bahaya menyebabkan rosak nye dalam membentuk keperibadian yang mulia. Aku tidak mahu menghuraikan sifat keegoan ini. Aku hanya nak bagi pandangan dalam membentuk keperibadian yang mulia. Keperibadian ini bermaksub sifat-sifat yang ada pada diri kita dan ia mencerminkan kita kepada orang yang melihat nyer. Sememangnya semua orang mahu kepada keperibadian yang mulia serta semua orang akan suka dan hormat kepada seseorang yang berkeperibadiaan mulia ini.
Akan tetapi mengapa hanya sedikit sangat insan yang berperikebadian mulia ini..??? Ini lah jawapan nyer..
1)Kita semua sudah tahukan bahawa Syaitan itu adalah musuh yang nyata kepada kita yang beragama islam. Dan dia telah berjanji bahawa ia akan terus menghasut manusia dan mengheret manusia ke neraka walau ape cara sekali pun sehingga sampai kiamat.

Friday, October 7, 2011

Keputusan

Salam semua.... Have nice day for this Friday... Errmmmm... Tajuk entry aku yang nie just satu perkataan je... Tapi perkataan ini memberi maksub dan makna yang lebih besar pada aku. Baik...... Bagi aku keputusan ini bermaksub sesuatu persetujuan atau sesuatu yang di putuskan dalam sesuatu hal. Tak kira dalam mesyuarat atau pom dalam perbincangan. Dan keputusan ini perlu di buat oleh seseorang yang berkuasa antara kelompok itu... Bagaimana pula kalau dua orang yang membuat keputusan. Mestilah x jadi keputusan kan... Hehehehee... Yang sorang tu nak macam nie... Yang sorang lagi nak macam nie plak... Itu bukan keputusan nama nyer... Itu percanggahan kot... Btol tak..??? Okey.... Persoalan aku di sini.. Siapakah yang berhak membuat keputusan terhadap diri kita..?? Adakah mak ayah kita..??? Adakah diri kita sendiri...??? Atau adakah orang yang kita sayangi..??? Mistery kan..?? Mesti ko rang semua akan kata tentu lah diri sendiri kan..?? So aku nak bagi satu contoh situasi ni... (ni contoh je nie... tiada sakut paut ngan sape2 cuma uat andaian jew) Mamat bukan nama sebenar... Ingin belajar bidang kejuruteraan... So mak ayah dia inginkan mamat belajar bidang kedoktoran... Manakala aweks dia plak suh ikut sama bidang ngan dia... So banyak tak arahan yang keluar tu... Banyak kan..??? Pening la si mamat tu... Hehehee... Okey bagi aku sape yang patot uat keputusan terhadap mamat tu... Tentulah mamat kan sebab dia berkuasa penuh terhadap diri dia... Akan tetapi, harus di ingat hasrat mamat tu tidak seharusnyer tepat... Mungkin ada yang lebih tepat..... So dalam situasi begini si mamat tu perlu adakan satu perbincangan dan pandangan dari sudut yang berbeza... Senang di katakan bermesyuarat la... Sebab tu Islam manganjurkan kita adakan mesyuarat sebelum kita putuskan sesuatu... Hehehehee.... Okey di sini aku cuma nak bagi pandangan je , keputusan yang kita buat tok buat sesuatu perkara wajar di minta pandangan dari orang dulu.. Baru lah keputusan kita tu tepat serta tidak merugikan diri kita mahu pom orang lain.... Dalam hidup kita nie sebagai hamba Allah s.w.t sering kali di beri pilihan dan pilihan itu perlu kepada keputusan kita. So jgn lah kita tersalah dengan keputusan kita. Minta lah pandangan orang lain juga iaitu dengan bermesyuarat. Insyaalah keputusan yang kita buat betul dan bermanfaat tok diri kita serta orang sekeliling kita.............


p/s : Kita sebagai manusia di beri hak yang teristimawa iaitu hak memilih. Dalam proses pemilihan itu perlu kepada satu keputusan yang terbaik. Berhati-hati lah dalam membuat keputusan..... :)

Wednesday, October 5, 2011

Team works

Semangat kerja berpasukan nie adalah penting bagi menjaya sesuatu objektif atau pom misi. Mustahil sesorang itu boleh berjaya tanpa berpasukan. Kita ini di ibaratkan sebatan lidi je. Bila semua atau banyak lidi itu di gabungkan maka ia menjadi kuat dan banyak kegunaan nyer. Itu menunjukan bahawa semangat dan kerja berkumpulan adalah penting bagi kita semua. Kejayaan yang di hasil kan juga bermutu tinggi. Persoalan nyer begini. Apabila datang sesuatu masaalah..??? Semua orang akan menunding jari sesama sendiri. Ini menunjukan bahawa semangat kerja berkumpulan itu tidak menyerap lagi kepada masyarakat kita nie. Apa salah nyer jika masaalah itu di selesaikan tanpa menunding jari kepada seseorang serta menjadi pengajaran atau permasaalahan yang tidak ada berulang lagi. Jadikan ia satu peringatan kepada kita untuk masa hadapan. Bila masaalah datang kalau kita asyik menunding jari kepada orang lain, ini bukan menyelesai kan masaalah akan tetapi merumitkan lagi keadaan serta menghilangkan semangat kerja berkumpulan. Maka hasil dari kerja berkumpulan itu akan FAIL. Sepatut nyer kita perlu fokos pada objektif kita serta mencapai kejayaan yang lebih berkualiti.
p/s: team works attitude penting dalam mencapai pencapaian yang berkualiti serta mengikut planing yang di plan kan.... hehehee... :)

Thursday, September 29, 2011

Apa itu blog

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."
Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007.

p/s: itulah serba sikit pasal blog. heheheeee....
 sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Blog

Saturday, September 24, 2011

Menuntut ilmu agama adalah fardhu

Malam yang penuh dingin nie... (ceh wah ayat jiwang tu) hahahaa... Aku ada la tgk2 kat you tube pasal2 tazkirah nie. So aku nak sharing satu benda nie je. Iaitu belajar ilmu agama nie adalah fardhu. Ko rang mesti tahu kan maksub fardu tu. Fardhu tu maksub wajib la. So bila hukum wajib kalau kita tak buat berdosa derr... Aku ada terpikir skit la. Mengapa kita sekarang jauh lari daripada ajaran Rasul kita iaitu nabi Muhammad s.a.w. Alangkah baik kalau sistem pendidikan kita berteraskan agama. Iaitu mengenal agama kita sedalam-dalam nyer dahulu baru belajar ilmu dunia untuk hidup. Ilmu dunia hanya untuk kita hidup sementara sahaja berbanding dengan ilmu agama yang akan menyelamatkan kita di akhirat nanti. Bila kita betul2 mengenal ilmu agama aku yakin dan pasti kehidupan seharian kita lebih tenang. Ini juga akan memberi kesan positif terhadap perkembangan negara kita. Yang terlepas nak uat macam mana kan. So yang akan datang nie aku berharap ada orang mengubah sistem pendidikan kita supaya memandang kearah agama islam yang sejati. Insyaalah pemikiran kita akan berubah kearah yang lebih positif lagi.

Wang bukan segala-gala nyer

Salam semua... Semoga sihat sejahtera. Korang seme mesti pernah dengar ayat nie kan. WANG BUKAN SEGALA-GALA TETAPI SEGALA-GALA NYER MEMERLUKAN WANG. Perghhhh.... Hebat giler kata2 tu kan. Buat aku termenung dengan seribu bahasa je. Susah untuk taksirkan dengan keadaan atau suasana hidup sekarang nie. Bak kata kawan2 aku la... Nak kencing sekarang pom kena bayar. Tol tak..??? Akan tetapi aku menyankal sekeras-kerasnyer bahawa segala-galanyer memerlukan wang. Jangan kita jadi hamba wang. Sebaliknyer kita perlu menjadi hamba Allah s.w.t. Ubah lah pikiran kita supaya kita tidak lari dengan ajaran Rasulullah s.a.w. Dengan suasana hidup sekarang nie susah untuk kita hidup tanpa wang. Betul tak...?? akan tetapi islam telah mengajar kita untuk hidup bersederhana. Biarlah di dunia ini kita di keji oleh orang jangan pula di akhirat kita di keji oleh Allah s.w.t. Amat lah rugi dan hina nyer diri kita nie. Sedangkan hidup di akhirat itu kekal selama-lama nyer. Di sini aku berpesan pada diri sendiri serta pada rakan2 ingat lah bahawa kita mati hanya satu kali dan hidup dua kali iaitu di dunia dan di akhirat. Kejar lah yang akhirat insyaallah yang dunia kita akan dapat juga. Akhirat adalah yang kekal. Semoga hidup kita di beri petunjuk dari Yang Maha Esa.

Wednesday, September 21, 2011

Air dicincang x kan putus

Salam sejahtera seme.... Alhamdulillah harap sihat semua... :) So topic yang aku pada entry nie hal kekeluargaan dan cara hidup sikit ea... Aku cuma bagi pandangan serta pendapat je... Peribahasa air dicincang x kan putus sudah lama kita dengar ea. Dan mungkin kita tahu benar dah maksub nyer. Pergi lah jauh mana pom perhubungan akan kekal. Macam contoh nyer kalu ko tu adik si mamat... Ko tetap adik si mamat sampai mati walaupon ko bermusuh bagai perang dunia kedua pom. Jelas tak contoh aku. Hehehee... Kira hebat jugak lah aku nie ea... Bak kata lain walaupon jahat melampau dia tetap keluarga aku, dia tetap sahabat aku, dia tetap kekasih aku, dia tetap suami aku, dia tetap isteri aku atau macam lagi perhubungan la...
         Untuk entry nie bukan tu objektif aku. Objektif aku macam nie ea Adakah layak kita menghukum seseorang..??? Nape lain je dari tajuk tu... Hahahaa... Berbalik pada tadi mengapa kita seringkali menghukum orang sedangkan kita tidak menolong atau membantu mereka untuk kembali ke jalan yang benar. Biar lah Tuhan yang menghukum mereka dengan kesalahan yang mereka buat. Sebaliknyer jgan kita menambahkan lagi penderitaaan kepada mereka. Alangkah baiknyer kalau mereka bertaubat dengan hasil usaha kita bersama. Begitu indah sifat2 kekeluargaan ini. Ini kerana kejayaan itu bermula dari keluarga ataupon perhubungan yang sihat. Apa yang jahat atau kurang enak itu kita jauhi bersama. Apa yang baik kita lakukan bersama. Ingat lah bahawa kita bukan nyer sgt2 sempurna. Adakala lakukan jugak salah dan silap nyer. Jangan lah terus menghukum tanpa mengira kita sebenarnya manusia yang perlu ingat-mengingati sesama kita. Buang lah ke egoan kita kerana kelak kita akan kerugian juga....

Saturday, September 17, 2011

Adakah CINTA itu satu anugerah

Salam semua... Perghhhh.... Nape malam nie aku terpikir ayat nie... Hehehhee... Adakah cinta itu satu anugerah. Cakap bab cinta nie aku tak la berapa arif sgt... Cuma nak terangkan pendapat dan pandangan aku je... kalu korang rasa tak boleh pakai jgn pakai ea... Sila rujuk orang yang lebih arif la.... Tol takk... Nie just pandangan aku je... Ok balik pada tajuk aku td.... Aku ada godek2 la internet sikit sal makna cinta nie... so kita tengok pe dia kata...
Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Cinta).
So bagi aku.. CINTA itu adalah satu anugerah dari Yang Maha Esa. Apabila ia menjadi satu anugerah maka secara otomatik nyer ia menjadi ujian kepada kita. Jangan kerana CINTA hidup kita semua akan musnah...
HATI SERING MENJADI LAMBANG CINTA.


p/s:
  1. cinta pada Allah s.w.t.
  2. cinta pada Rasulullah s.a.w
  3. cinta pada agama islam
  4. cinta pada orang2 mukmim
  5. cinta pada keluarga.

Tuesday, September 6, 2011

Mencari rezeki.

Dewasa ini, kos sara diri meningkat dengan mendadak. Sehinggakan setiap orang tidak cukup dengan satu je sumber pendapatan. Mengapa ini boleh berlaku..?? Mengapa semua manusia mengukur martabat mereka dengan nilai kebendaan atau pon harta....?? Adakah ini di sebabkan pengaruh barat atau pom pengaruh dari agama lain..?? Perghhhhh.... Pening2 bila terfikir dengan masaalah di atas. Ini lah ujian dari Allah s.w.t ke atas manusia. Di ciptakan dunia semata2 untuk menguji hamba nyer. Dunia di penuhi dengan khayalan atau keseronokan sahaja. Tidak kah kita terpikir bahawa dunia ini hanya sementara. Sekejap sahaja dan sudah tentu kita yang hidup nie pasti menemui mati. Dalam islam manusia tidak di ukur dengan harta nyer sebalik nyer ia di ukur dengan amal ibadat nyer kepada Allah s.w.t. Tingginyer takwa mereka kepada Allah maka tinggilah lah martabat nyer di sisi Allah s.w.t.
       So masaalah yang aku nak ketengahkan disini ialah dalam kita mencari rezeki. Aku tengok sekarang nie kalu gaji antara 1 ribu ke 2 ribu masih belum cukup untuk menyara diri sendiri. Barang2 semua mahal. Nak pakai keta lagi. Nak sewa rumah lagi. Nak makam lagi. Nak enjoy lagi. Macam2 lah. Mana cukup kan...?? Nie yang hidup bujang la. Yang hidup bujang nie x la kisah sgt kan. Main lantak jew. Kalu lapar kita sorang je yang lapar kan... hahahaaa... Entah lah aku pom tak tahu nape leh jadi cam nie... Time bapa2 aku dulu ase x la macam gini. Kalu dah ada rm1000.00 tu dah cukup berduit. Apa yang nak seme boleh. Siap leh tanggung family ag tu...
        Yang aku takut sekarang nie yang dah berkeluarga. Perghhhhh... Laki bini kena kerja tu.... Susah la kan. Bila dah dapat anak sape nak jaga. Anak tu rezeki jugak serta anugerah kepada kita. Tak2 mak kita la jd mangsa. Kena jaga ngan cucu. X kesian ke... Dulu jaga kita nie jaga anak kita lak....??? X abih2 duk tambah penderitaan dia. Hehehehe... kesian2... X pom bagi anak kat penjaga. Penjaga plak lebih kurang je agama. Pah tu makin nipis la akidah budak tu... Tu yang banyak kes2 sosial kot. Kemungkinan la kot....
        Yang sebenarnyer aku dalam dilema nie.... Aku tengah merancang tok berkeluarga tapi terpikir gak aku nie kerja pom tak tetap lagi. Tgk member2 yang dah kawin happy je... Main2 ngan anak mereka.. best siot... Tapi ape leh buatkan.... Mungkin masa tu x sampai lagi untuk aku. Sabar je la... Rasa takut pum ada... Ea la takut tak tertanggung bini dan anak2 nie... Dunia akan datang pasti hebat lagi kan. Takut2 pom kena tempuh jugak. Itulah penting memilih pasangan yang dapat memahami situasi kita sebagai hamba Allah s.w.t.

p/s: selagi kita hidup pasti ada rezeki untuk kita. Rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ketahuilah apa sebenarnyer tujuan kita hidup. Bila harta kita nanti tiada nilai barulah kita sedari betapa bodohnyer diri kita ini.

Tuesday, August 23, 2011

Pesan Luqman terhadap anaknyer.

Salam sejahtera kekawan yang di rahmati Oleh Allah s.w.t. Alhamdulillah syukur dapat juga melihat dunia dan beribadat kepada nyer pada hari ini. Semalam aku ada terdengar tazkirah ramadhan la. Aku tertarik pada satu kata2 yang di sampaikan oleh penceramah tu. Kata2 nie bleh uat kita semua peringatan. Iaitu kata2 dari luqman kepada anaknyer.

"Sekiranyer kamu melintasi satu tempat (perhimpunan) yang ada menyebut nama Allah s.w.t dan mengagumkan kebesaran Nya. Maka singgah la sekejap. Mana lah tahu sekiranya rahmat Allah s.w.t turun dengan kamu sekali akan tumpang kena rahmat tersebut. Sebaliknyer kiranyer kamu melintasi satu tempat (perhimpunan) yang tidak menyebut nama Allah s.w.t maka jauhilah tempat tersebut. Sekiranya kamu tidak jauhi takut2 bala turun kamu akan terkena sekali." 

Kawan2 sekelian, oleh itu berhati2 la kita semua.. KD rase itu je dapat KD sampaikan.. Nak karang byk2 pom x da idea sekarang nie.. Otak makin membeku... Hehehhe.. Maklum la hari nak raye kan dah dekat.... :)