Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Saturday, March 5, 2016

Langkawi

Saje try update blog n.. Lame sgt dh ase x update n... Hahaaaa...

Saturday, October 22, 2011

Seinci lagi emas.

Salam semua.. Ari nie aku terasa nak share satu cerita motivasi la skit.. Hehehe.. nampak lemah je semua nie.. Come la.. :)
  • Pada dahulukala ada seorang saudagar emas. Saudagar emas nie sangat kaya. Dan ia bercadang untuk membuka satu perlombongan emas. Maka ia pun menubuhkan satu pasukan atau satu company yang terdiri dari pekerja2 yang mahir. So bagi saudagar itu rancangan dia akan berjaya. Bermula lah saudagar emas itu mengarahkan pekerja-pekerja nyer mencari serta mengkaji tempat yang ada emas. Maka dengan sikap kesungguhan mereka , telah terjumpa la satu tempat yang ada emas. Setelah kajian di buat oleh pakar2 yang bekerja dengan saudagar tersebut memang sah la ada emas di kawasan itu. Saudagar itu mula mengarah supaya perlombongan dijalankan. Semua peralatan atau machine di bawa masuk. Kelengkapan yang serba cukup. Machine yang serba canggih. Tenaga kerja yang mengcukupi. Saudagar itu mula berangan2.. Projek aku sudah mula berjalan. Sekejap lagi kaya lah aku. hehehee.. Akan tetapi lama sudah melombong atau mengorek tanah di lakukan. Tiada juga emas di jumpai. Saudagar itu mula risau. Minggu berganti minggu , bulan berganti bulan... Hasil nyer tidak juga dapat. Saudagar itu mula give up. Semua usaha x jadi. Dia pom memutuskan supaya perlombongan emas itu di tutup. Semua kelengkapan kerja di bawa keluar. Selepas itu datang lah seorang yang berminat membuka semula perlombongan emas itu. Dia pun membuka perlombangan itu semula. Keesokan hari nyer telah jumpa emas. Saudagar emas yang tadi mendapat tahu tentang perkara ini. Alangkah menyesalnyer dia. Kalau ia bersabar tentu ia akan dapat emas itu. Sebab hanya seinci lagi emas dapat di jumpai. Hanya seinci lagi kejayaan menunggu...
p/s: bersabarlah dan teruskan berusaha. Hanya seinci lagi untuk kita berjaya.... renung2 kan lah.. :)

Tuesday, August 16, 2011

Tolong saya ustaz saya nak cari jodoh

Aku ada terbaca kat satu buku lawak nie. Tajuk pom menarik jugak nie. so aku nak sharing la kan... Hahahaa... untuk same2 hiburkan kan hati yang sedih nie... kena Hapy la skit ea.... :)
Ada seorang pemuda yang tak kawin2 lagi. So untuk dapatkan jodoh dia pergi la jumpa ustaz. Ingin meminta nasihat la konon nyer...
Pemuda: ustaz nape saye nie susah sgt nak jumpa jodoh... Bleh ustaz tolong bagi cadangan ke nasihat ke... ape2 ke usaha yang boleh saya lakukan.
Ustaz: Ermmm.... sudah tentu boleh. Wahai pemuda... Perempuan macam mana yang menjadi idaman nyer tu... Leh terang kan skit...

Friday, August 12, 2011

Fahamilah doa.

Salam sejahtera seme.. Sini aku nak kongsi la satu story nie.. Agak kelakar jugak la. Tapi story nie beri pengajaran sikit kepada kita. hahahaa...


Dalam sebuah kampung tu tinggal lah sekeluarga yang agak alim serta yang suami tu teringin la nak kawin sorang lagi... Al maklum lah ikut sunnah kata kan. So dia pom berdoa la. Dan dia fikir macam mana nak doa tu bagi mustajat sikit. Kalau2 dia berdoa isteri yang mengaminkan doa nyer mungkin mustajab. So si suami pom berdoa lah ikut bahasa arab. Lepas je solat jemaah bersama isterinyer , si suami pom berdoalah. Pada suatu petang si suami tu uat la balik isteri kedua yang baru dia nikahi. So dia panggil si isteri no1. Ayang Allah swt telah makbulkan doa kita la yang.. Ujar si suami tu.. Alhamdulillah.... tapi pe dia bang... Balas isteri nyer.

Saturday, June 11, 2011

Nilai Sejambak Bunga.

Seorang pemuda turun dari sebuah kereta mewah yang diparking di depan tanah perkuburan.

Pemuda itu berjalan menuju kesebuah bangsal tempat pekerja-pekerja berehat. Setelah memberi salam, pemuda itu berkata;
" Saudara, mahukah Saudara menemui wanita yang ada di dalam kereta itu? Tolonglah Saudara, kerana para doktor mengatakan sebentar lagi beliau akan meninggal! "

Pekerja dikuburan itu menganggukkan kepalanya tanda setuju dan dia segera berjalan di belakang pemuda itu.

Seorang wanita lemah dan berwajah sedih membuka pintu keretanya dan berusaha tersenyum kepada pekerja dikuburan itu sambil berkata;
" Saya Datin Salleha. Saya yang selama ini mengirim wang setiap dua minggu sekali kepada anda. Saya mengirim wang itu untuk anda membeli seikat bunga ! dan agar anda dapat meletakkannya di atas pusara anak saya. Saya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kesediaan dan kebaikan hati anda. Saya ingin memanfaatkan sisa hidup saya ini untuk berterima kasih kepada orang-orang yang telah menolong saya. "

" Oh, jadi Datinlah yang selalu mengirim wang itu? Datin, sebelum saya memulakannya, izinkan saya meminta maaf kepada Datin. Memang wang yang Datin kirimkan itu selalu saya belikan bunga, tetapi saya tidak pernah
meletakkan bunga-bungaan itu di pusara anak Datin. " jawab pekerja dikuburan tadi itu.

" Apa!!, maaf? " tanya wanita itu dengan gusar.

" Ya, Datin. Saya tidak meletakkan bunga itu di perkuburan anak Datin. Orang mati tidak akan pernah dapat melihat keindahan sejambang bunga. Kerana itu setiap bunga yang saya beli, saya berikan kepada mereka yang ada di rumah sakit, orang miskin yang saya temui, atau mereka yang sedang bersedih. Orang-orang yang masih hidup, sehingga mereka dapat menikmati keindahan dan keharuman bunga-bunga itu, Datin," jawab
pekerja dikuburan itu.

Wanita itu terdiam, kemudian dia mengisyaratkan kepada pemandunya agar segera pergi.

Tiga bulan kemudian, seorang wanita cantik turun dari keretanya dan berjalan dengan anggun ke arah bangsal pekerja dikuburan.

" Selamat pagi. Apakah anda masih ingat dengan saya? Saya Datin Salleha. Saya datang sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat yang anda berikan beberapa bulan yang lalu. Anda benar bahawa memperhatikan dan membahagiakan mereka yang masih hidup jauh lebih berguna daripada meratapi mereka yang sudah meninggal.

Ketika saya sendiri secara peribadi yang membawakan bunga-bunga itu ke rumahsakit atau rumah tumpangan, bunga-bunga itu tidak hanya membuat mereka bahagia, tetapi saya juga turut bahagia. Sehingga ketika ini para doktor tidak tahu mengapa saya boleh sembuh, tetapi saya benar-benar yakin bahawa sukacita dan pengharapan adalah ubat yang memulihkan saya! "


***********************************************************************************

Jangan pernah mengasihani diri sendiri, kerana mengasihani diri sendiri akan membuat kita terperangkap di kubangan kesedihan. Ada prinsip yang mungkin kita tahu, tetapi sering kita lupakan, iaitu dengan menolong orang lain sesungguhnya kita menolong diri sendiri.