Thursday, December 2, 2010

KEMBALI KE PANGKAL JALAN.

SALAM SEJAHTERA,

         Semoga Allah S.W.T memberkati kita semua. Kepada Yang Maha Esa kita akan di kembalikan. Sering kali aku terfikir untuk apakah aku berada di dunia. Sudah sememangnya kita tahu, bahawa kita sebagai umat islam percaya akan perkara2 ghaib. Iaitu akan adanya hari pembalasan serta ada neraka dan syurga. 

        Berbalik kepada tujuan kita hidup didunia tadi. Banyak yang kita dapat perhatikan sekarang bahawa manusia sudah seakan2 lupa pada tanggungjawab mereka sebenarnya. Banyak yang memintingkan hal2 duniawi ini. Di tambah pada masa sekarang ramai remaja kita telah hanyut dengan keseronokkan dunia. 

        Sekarang ni kita tahu, kita lahir sebagai umat islam. Tapi jangan lah anugerah tuhan itu itu kita sia2kan. Hayatilah ia dengan mendalam. Anda akan rasai hidup anda akan lebih bermakna. Sealagi kita hidup kita perlu menjaga Akidah kita supaya tidak terpesong jauh.

       Sekiranya anda merasa anda sudah terpesong. Masih ada lagi masa untuk berubah. Masa untuk kembali kepada jalan yang benar. Kerana Allah S.W.T itu Maha Pengampun dosa. Sekiranya kita bertaubat.


VIDEO NI SATU PENERANG YANG LEBIH JELAS LAGI. KEPADA PARA PEMBACA DI HARAP MEMBERI PEDOMAN DAN TUNJUK AJAR KEPADA KITA SEMUA.






ISLAM AGAMA KU, 
AKU BERSYUKUR KERANA DILAHIRKAN DALAM AGAMA ISLAM, 
AKAN KU PELIHARA AGAMA KU,
AKAN KU SEBAR AGAMA KU, 
KERANA YANG TERBAIK PERLU DIKONGSIKAN, 
YA ALLAH S.W.T BUKA KAN LAH PINTU HATI KU, 
AGAR AKU BISA MENGINGATI MU YA TUHANKU,
AMIN...

0 comments:

Post a Comment