Monday, December 6, 2010

Islam baka.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari maal hijrah. Semoga tahun yang baru akan menjadi baik sebelum tahun yang sudah lepas. Mudah2an hidup kita d berkati oleh Allah S.W.T dan kepadaNya lah kita akan d kembalikan.


Syukur kehadrat Illahi kerana memberi rahmat serta kehidupan pada hari ini. Terima kasih juga kepada kawan2 yang memberi sokongan serta tunjuk ajar kepada diri ini. Pada pagi ini sedang aku dan kawan2 aku minum d kedai kopi maka terkeluar lah satu topik perbincangan yang sangat aku kagum. Iaitu topik tentang bangsa, agama dan negara. Masing2 mengeluarkan pendapat dan aku terfikir bahawa topik ini aku perlu kongsikan bersama.

Sudah sedia kita maklum kita (melayu) lahir dalam agama islam. Tapi yang menjadi persoalannya adakah kita betul2 islam atau hanya sekadar nama islam je..??? Atau pun oleh kerana kita (melayu) , baka kita islam...??? Banyak isu-isu yang timbul dari persoalan itu. Siapa yang patut kita salahkan..??? Adakan kaum bapa2 kita..?? Yang lupa mengingatkan kita. Atau kerana negara kita ...??? Atau pun kita sendiri..???

Para pembaca yang di hormati sekian,
Pada pendapat saya manusia yang di lahirkan mempunyai fitrah2 tertentu. Dan fitrah tersebut penuh dengan fitrah kebaikan serta fitrah ketuhannan. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Ini kerana manusia sudah dibakalkan dengan fitrah hidup tersebut. Oleh itu kita seharusnya mengembangkan fitrah tersebut dengan baik serta mengikut landasan yang betul.

Dewasa ini banyak yang kita perhatikan bahawa kes2 jenayah di negara kita sering kali berlaku. Yang paling menyedihkan adalah dari golongan kita sendiri iaitu melayu islam. Islam tidak mengajar kita seperti itu, melakukan maksiat, mencuri, memusuhi sesama agama islam serta banyak lagi. Terdetik di fikiran, kemanakah islam kita..?? Sepatutnya kita kena menjaga agama tersebut. Islam itu indah serta membahagiakan sesiapa yang mengikuti dengan landasan yang betul. Dimanakah cinta kita pada Allah.???? Dimanakah cinta kita pada rasul2 Allah..???

Para pembaca yang di hormati sekian,
Sesungguh nya Allah S.W.T itu Maha Pengampun dan Maha Peneria Taubat. Oleh itu masih ada masa untuk kita sama2 kembali ke pangkaljalan. Kembali menghayati ajaran agama islam. Sama2 kita berjuang untuk meningkatkan iman kita terhadap Yang Maha Berkuasa. Mudah-mudahan kita tidak tergelincir jauh dari ajaran agama islam. Tidakkah saudara/i merasa bimbang akan generasi yang akan datang. Saya takut kita semua akan terlupa pada ajaran agama islam. Dan anak2 kita hanya menjadikan islam itu pada nama sahaja. Akan tetapi cara hidup bertentangan dengan ajaran agama islam.


Maka dengan itu, 
jagalah agama islam,
hayati lah ajaran nya,
cintai lah Allah S.W.T,
idolakan lah Nabi Muhammad S.A.W,
ajarlah anak2 dengan ajaran islam,
bimbinglah sahabat2 yang ingin mengikuti islam,
jangan lah kamu islam hanya pada nama,
kelak kamu akan menyesal,
semoga hidup kita d berkhati oleh Allah S.W.T,
apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T,
dan apa yang buruk datang dari diri yang kekurangan ini,
sekiranya tersila atau tersalah,
maaf di pohon.

0 comments:

Post a Comment