Saturday, August 13, 2011

Musuh dalam selimut.

Alhamdulillah.... syukur kehadrat ilahi... Hahahaaa... nak citer la skit nie... Hari nie aku bukak pose kat masjid kampong aku... Ada la lawatan dari Majlis Daerah tanah merah. sebelum berbuka pose tu ada lah tazkirah skit. heheee... Bagi motivasi la skit kan. So aku tertarik la ayat yang dia bagi tazkirah tu. N aku nak kongsikan bersama. Beliau berkata kita nie sememangnyer mempunyai musuh yang belum kita sedari atau yang tidak kita sedari. So aku bagi la senarai musuh yang kita patut hadapi.
1) Musuh yang nyata bagi kita iaitu syaitan. Selalu mengajak ke arah kejahatan.
2)Nafsu kita yang sering kali mengawal diri kita kearah kejahatan.
3)Anak2 kita. Nie yang aku nak tekan skit. Mengapa anak2 kita akan menjadi musuh kita. Sekiranya tidak diasuh dengan kebaikan kita akan di pertanggungjawab ke atas mereka. Ini akan menghalang untuk kita memasuki syurga Allah s.w.t. So kepada kekawan aku berhati2 lah dengan perkara ini. Jangan sampai anak kita akan menjadi mush kita. Insyaallah.. kita dapat mendidik anak kita kepada kebaikan...
4) Harta kita. Sekiranya kita tidak pandai mengurus harta kita, membelanjakan harta kita kearah kejahatan ini akan menjadi musuh kepada kita. Sebaliknya kita perlu pandai memcari harta yang halal dan memperbelanjakan kearah kebaikan.


Aku rasa nie saja dapat aku kongsikan bersama. Muga hidup kita di beri hidayah dan petunjuk oleh Yang Maha Esa. Amin.

3 comments:

Anonymous said...

nice. thanks for sharing! t'utamanya poin no 3. :)

Khairull-Dean said...

same2... tq for reading n comment...

Max's bubble said...

dari Switzerland menerjah Perancis !
Bonjourrr et merci ! :)

Post a Comment