kita hanya sementara sahaja, bersabarlah dan teruskan bersabar, insyaalah kita termasuk dalam golongan yang beriman.
Wednesday, August 17, 2011
Dua perkara yang susah untuk kita lakukan.
Salam sejahtera... Sini aku nak kongsikan satu ucapan dari ustaz la... Ustaz tu cakap kita nie sebagai manusia ada dua perkara yang senang di lakukan tetapi susah untuk di lakukan. Pelik je ayat tu. Agak2 ko rang faham tak ayat tu. Mesti la faham kan. So aku terang la skit ea. Ringkas nyer untuk mendapat keberkatan dari Allah s.w.t ada dua perkara yang senang dilakukan oleh kita munusia tetapi menjadi susah untuk kita lakukan. Harap2 ko rang faham la ayat tu... Heheheee... makin aku jelaskan makin celaru ayat aku rase... Korang nak tahu pe perkara tu.. Okey perkara nyer ialah:
i)Menyembunyikan kebaikan yang di lakukan.
- perghhhhhhh.... Agak2 korang kan senang tak sembunyikan kebaikan kita nie. Susah la. Macam aku tgk dunia sekarang nie. Kalu dah derma tu satu dunia nak hebohkan nyer. MasyaAllah... X da guna la derma tu.. Hanya glamor je dapat tapi pahala nyer tidak same skali kan. Tu bagi org2 kaya la kan. So untuk kita bagi orang2 yang sederhana nie macam mana plak. Aku ada satu cerita skit. Dalam sebuah kampung tu ada la seorang mukmin. Pagi tu dia bgn untuk solat subuh berjemaah di masjid. Dengan niat suci dia pom pergi berjalan ke masjid. Setibanya di masjid dia mendapati tiada seorang pom untuk dia berjemaah. X pe aku azan la. Mungkin ada orang yang akan datang. Ujar hati kecil nyer. Selepas dia azan datang la seorang iaitu tok iman. Nasib baik la saudara azan sy tak tersedar td. Kata tok iman tu. So mereka pom selesai lah solat jemaah. Biasa lah suasana di kampung kan selepas je solat lepak lu kedai kopi kena2 nasi berlauk. Sedang asyik (orang mukmin td) menjamu nasi berlauk tadi datang la seorang rakan nyer duduk tepi nyer. Kamu datang dari mana..??? soal kawan nyer td. Aku datang dr masjid la. Ko tahu tak kalu x kerana aku tak bunyi azan td. Tak bgn la tok iman tu td. Ko nak tahu lagi.. aku la yang azan solat subuh tadi. Jawab nyer. So ini lah yang berlaku... susah nak sembunyikan kebaikan kita. Dari cerita tu.. semua pahala hilang kerana penghujungnyer begitu. Aku harap korang seme amik la iktibar dari cerita nie ea.......
ii)Bertaubat selepas melakukan dosa.
- Nie pom susah jugak bagi kita ea. Pergghhhhh... nak bertaubat selepas kita melakukan dosa x kiralah dosa kecik ke dosa besar ke. Memang susah nak taubat. Kerana pe ea,...??? korang bleh bagi pandangan tak..??? Bagi aku la ea... Kerana melakukan dosa nie perkara yang sedap atau lazat... Ko rang x caye... Kalu kita mengumpat kat orang... Best tak... Mesti bestkan.... hahahaa.... sebab tu la susah tok kita bertaubat. Kerana esok ngumpat lagi.... adus..... harap kita dapat la mengatasi masaalah dua perkara nie ea.
Aku rase cukup lah setakat nie dulu... dah panjang lebar.. Korang bukan rajin pon nak baca... Hahahaaa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
thankz ats perkongsian ilmu ni..
same cik mimie.. harap suka...
Post a Comment