Utusan Malaysia : 15 Sept2005
Ekorandaripada kenaikan harga minyak dunia yang berterusan, mahu tidak mahu, kitasebagai pengguna dan rakyat negara ini, terheret sama menerima kesannya.Tentunya golongan paling sengsara ialah yang berpendapatan rendah. Jika sebelumini kesempitan hidup menyukarkan mereka, perkembangan terbaru ini lebih-lebihlagi. Memang adayang marah. Kemarahan mereka sehingga menuduh kepimpinan kerajaan hari ini lemahdan tidak prihatin. Dalam halini kerajaan tidak cuba untuk berdiam diri. Masalah rakyat bermakna masalah kerajaan juga. Kerajaan yangbertanggungjawab akan memastikan rakyat dan negara bebas daripadakesengsaraan. Justeru,beberapa langkah bagi menyeimbangkan kenaikan harga bahan mentah itu dengankepentingan negara perlu diambil. Biarpun dalam `kesusahan', kerajaan telahmengumumkan empat langkah segera bagi mengurangkan bebanrakyat. Pengumumanyang ditafsirkan sebagai `pra-Bajet 2006' itu ialah menurunkan cukai jalanantara 25 hingga 80 peratus; tidak menaikkan harga petrol, diesel, gas memasaksehingga penghujung tahun ini; kadar tol kekal tahun ini dan tahun depan sertatambahan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan tua dandaif. Sekurang-kurangnya, usaha itu dapat melegakan sedikitkeperitan yang dihadapi oleh pengguna berpendapatan rendah. Adalah benar,kerajaan wujud kerana rakyat. Rakyat yang memilih dan memberi mandat kepadakerajaan untuk mentadbir negara menjadi yang terbaik. Jika dalam kesusahanrakyat tidak sanggup untuk bersama, kerajaan tidak akan mampu melakukan yangterbaik untuk rakyat. Bagaimanapun apakah rakyat atau pengguna mempunyaipilihan? Minyak adalah bahan asas kehidupan. Kenaikan bahan api asas ini akanmenaikkan secara langsung bahan-bahan pengguna yang lain. Dengan secara langsungakan mengakibatkan kenaikan inflasi. Pelbagai cadangan telah dikemukakan untukmenangani masalah ini. Tetapi bolehkah ia dilaksanakan? Secara realitinya banyakcadangan-cadangan telah dipertengahkan, di antaranya adalahseperti:-* Denganmenggunakan teknologi tinggi yang menjimatkan penggunaan bahanapi,
* Mengawalharga barangan pengguna dengan menetapkan siling,
*Mengadakan sistem pengangkutan yang cekap,
*Menghentikan projek mega kerajaan yang tidak kritikal atau perlu dan dengan ituboleh mengalihkan dana yang dijimatkan berikutan penarikan subsidi itu untukprojek yang akan memanfaatkan negara, seperti lebih banyak perumahan kos rendah,penjagaan kesihatan ditingkatkan, sistem pengangkutan dan kemudahan sekolah yanglebih baik,
*Menyediakan insentif bagi nelayan, petani dan mereka yang terlibat dalamperniagaan pengangkutan untuk mengimbangi kenaikan kos,
* Perananorang tengah perlu dihapuskan dan petani perlu diberikan peluang yangmembolehkan mereka menjual hasil mereka terus kepadapelanggan,
*Mewujudkan dana untuk menyediakan pinjaman kepada peniaga kecil, penjaja danperniagaan kecil, yang membolehkan mereka mengelakkan lintah darat atau ahlong,
*Menggalakkan rakyat secara keseluruhan untuk menumpukan perhatian terhadapsimpanan; dan berbelanja secara bijak. Budaya hutang dengan penggunaan kemudahankredit yang meningkat tidak perlu digalakkan. Jika perlu, kerajaan perlumenasihatkan orang awam supaya memulaukan barangan dan perkhidmatan berhargatinggi tertentu.
Perkaraasas yang diperbincang dan diketengahkan sepertimana yang tertulis di atasadalah bersabit dengan kewangan. Perkara pokoknya adalah kita tidak mempunyaiperancangan kewangan yang khusus. Masalahnya adalah subjek ini tidak diajar disekolah-sekolah malahan institusi-institusi kewangan yang kononnya memasarkanperancangan kewangan kepada pengguna sebenarnya hanyalah penjual produksemata-mata product pusher. Pengguna-pengguna tidak diajar malahan langsungtidak dilatih untuk mendapat pulangan yang maksimum daripada pinjaman perumahanmereka, pinjaman sewa beli, pelaburan, insurans, insentif cukai, sistempengiraan faedah dan peninggalan harta.
Perancangan
Denganadanya perancangan kewangan, ia boleh membantu pengguna-pengguna mengatasi ataumemperoleh perkara-perkara seperti berikut:-
*Pengukuhan kewangan terhadap inflasi
*Pengurusan hutang yang membawa pulangan
*Pembiayaan selepas persaraan
*Penyediaan tabungan kecemasan
* Keperluantuntutan semasa
*Pembiayaan pendidikan
Sebagaicontohnya, jika seseorang memiliki rumah yang harus dibayar pinjaman perumahanyang tetap selama 20-30 tahun, sudah pasti ia membebankan. Bagaimanapun denganadanya perancangan kewangan, bukan sahaja ia tidak perlu membayar pinjamanperumahan untuk suatu jangka masa atau memendekkan tempoh bayarannya malahanboleh mendapatkan pulangan hasil pelaburan nilai bersih rumah itu. Dengan lainperkataan rumah dapat, pulangan juga dapat. Ini boleh dilakukan dengan prosesperancangan kewangan yang inovatif. Ia ada di pasaran tetapi tidak diendahkanoleh institusi-institusi kewangan yang mahukan keuntungan yang lebih. Denganperlaksanaan perancangan kewangan ini, perbelanjaan dapat dikurangkan dansimpanan sebagai asas perancangan kewangan dapat dipetingkatkan.
Selaindaripada itu, kita juga memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Kenaikanharga barangan dan keperluan tuntutan semasa harus dipenuhi. Tidak kira sama adahujan atau panas. Pelbagai keperluan lagi harus juga kita laksanakan. Ini adalahtanggungjawab hidup. Dengan adanya perancangan kewangan, seseorang itu sudahpasti boleh menempuhi hari-hari kemudian tidak kira panas atau ribut malahan ditengah-tengah kebanyakan orang bergelut dengan kesan negatif ekonomi, merekayang telah merancang kewangannya akan dapat menikmati hasil yanglumayan.
Pembelajaran perancangan kewangan ini harus dikemudikanoleh pihak kerajaan yang mampu membendung kos kerana inilah pendidikan/ilmu yangterpenting yang masih belum diajar di mana-mana universiti di negara ini. Rakyatkhususnya tidak lagi akan mengeluh dengan pelbagai masalah ekonomi jika dirimereka tahu dan yakin mereka telah bersedia menempuh masa depan baik masa-masayang gembira mahupun duka.
2 comments:
aku nak kawen bro....mane mau cari duitttt...demmm r...huhhu-abe smart tapok edit-
salam abe smart tapok.. sebenarnya kawin nie tak perlukan duit yang banyak. di sarankan supaya saudara banyakan berdoa supaya di beri kemudahan untuk kahwin.
Post a Comment