Untuk Renungan Bersama...... muga2 kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmoo.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari rautwajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedangkesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlakupadanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malamtadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadistadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu ituwahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadistersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga keranakepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringansekelip mata."Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelaituala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untukmenghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapadia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalahseorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taatkepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amatbakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecilpernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untukbermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada disyurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat danminuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dankuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah,ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihatibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semuapenghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik airkepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yangdilakukan ketika di dunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku,aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku laludibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api nerakatelah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tangankumelecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau yaRasulullah."Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidakhenti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangangadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agarmenjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku,pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepadaibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
0 comments:
Post a Comment