Thursday, September 29, 2011

Apa itu blog

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."
Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007.

p/s: itulah serba sikit pasal blog. heheheeee....
 sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Blog

Wednesday, September 28, 2011

Kekadang hati ku bertanya

Kekadang hati ku bertanya,
Adakah ia sudah berpunya,
Ingin aku mendekatinya,
Namun hati bimbang,
Bimbang menggangunya lagi,
Aku tidak mahu kehilangan nya,
Aku mahu menjaga nya,
Aku mahu menghiburkan nya,
Senyuman nya membuat hati ku tenang,
Bagai ada sesuatu antara aku dan dia,
Tetapi aku pernah bersalah terhadapnya,
Biar lah ia menjadi satu tanda di hati ku,
Dan hati ini sering bertanya,
Bagaimana keadaan dia,
Muga gembira selalu hendak nya......
La... Laaaaaa....laaaa..laaaaaa....

Perghhhhh..... cam ner best tak aku nyanyi... saje nak try lirik sendiri... hahahaa.... Tempo x kena kot... kakakaaahhhhh...... Lagu nie di tuju kan khas buat seseorang...

Monday, September 26, 2011

Nilai persahabatan

Assalamualaikum.... Salam semua.. Harap sihat semua terrr.. Hari nie aku nak coretkan sal persahabatan sikit. Nilai2 persahabatan. Memang kita manusia nie x leh lari dari bersahabat. Aku pom hairan gak kan. Walhal kita di lahirkan secara seorang je dan mati pom seorang jew... Lagi2 duk dalam kubur. Seorang je terr... Tu lah Kuasa Yang Maha Esa. Nilai persahabatan ini bergantung kepada kita menilainyer. Sejauh mana kita menghargai persahabatan itu. Contoh nyer makin tinggi kita menghargai sahabat itu makin tinggi nilai persahabatan itu. Persoalan aku di sini adakah sahabat itu penting bagi kita. Bagi aku persahabat itu penting sesangat dan adakala nyer tidak penting mengikut sahabat yang kita pilih untuk bersahabat. Perghhhh... Belit nyer ayat aku... Macam sialll terrrr... hahahaa... Indahnyer sahabat itu bila ia boleh membawa kita kepada kebaikan. Yang sudi menegur kita ke arah kebaikan. Yang berani meluahkan pendapat dan pandang terhadap kita. Walaupon teguran itu mengoris hati kita. Sebalik nyer kita harus menilai pendapat sahabat kita dengan sewajarnyer. Baru lah hidup kita akan sentiasa aman. Kita sebagai manusia harus nasihat menasihati, tegur-menegur ke arah kebaikan. Kadang-kadang dengan ikatan persahabatan yang kuat kita boleh membina satu bentuk komuniti yang sihat dan bagus.

P/S: hargailah sahabat kita bila ia menegur ke arah kebaikan. Walaupun teguran itu menggoris hati kita.

 kredit to : http://azier-azier.blogspot.com/2011/05/puisi-persahabatan.html

Saturday, September 24, 2011

Menuntut ilmu agama adalah fardhu

Malam yang penuh dingin nie... (ceh wah ayat jiwang tu) hahahaa... Aku ada la tgk2 kat you tube pasal2 tazkirah nie. So aku nak sharing satu benda nie je. Iaitu belajar ilmu agama nie adalah fardhu. Ko rang mesti tahu kan maksub fardu tu. Fardhu tu maksub wajib la. So bila hukum wajib kalau kita tak buat berdosa derr... Aku ada terpikir skit la. Mengapa kita sekarang jauh lari daripada ajaran Rasul kita iaitu nabi Muhammad s.a.w. Alangkah baik kalau sistem pendidikan kita berteraskan agama. Iaitu mengenal agama kita sedalam-dalam nyer dahulu baru belajar ilmu dunia untuk hidup. Ilmu dunia hanya untuk kita hidup sementara sahaja berbanding dengan ilmu agama yang akan menyelamatkan kita di akhirat nanti. Bila kita betul2 mengenal ilmu agama aku yakin dan pasti kehidupan seharian kita lebih tenang. Ini juga akan memberi kesan positif terhadap perkembangan negara kita. Yang terlepas nak uat macam mana kan. So yang akan datang nie aku berharap ada orang mengubah sistem pendidikan kita supaya memandang kearah agama islam yang sejati. Insyaalah pemikiran kita akan berubah kearah yang lebih positif lagi.

Wang bukan segala-gala nyer

Salam semua... Semoga sihat sejahtera. Korang seme mesti pernah dengar ayat nie kan. WANG BUKAN SEGALA-GALA TETAPI SEGALA-GALA NYER MEMERLUKAN WANG. Perghhhh.... Hebat giler kata2 tu kan. Buat aku termenung dengan seribu bahasa je. Susah untuk taksirkan dengan keadaan atau suasana hidup sekarang nie. Bak kata kawan2 aku la... Nak kencing sekarang pom kena bayar. Tol tak..??? Akan tetapi aku menyankal sekeras-kerasnyer bahawa segala-galanyer memerlukan wang. Jangan kita jadi hamba wang. Sebaliknyer kita perlu menjadi hamba Allah s.w.t. Ubah lah pikiran kita supaya kita tidak lari dengan ajaran Rasulullah s.a.w. Dengan suasana hidup sekarang nie susah untuk kita hidup tanpa wang. Betul tak...?? akan tetapi islam telah mengajar kita untuk hidup bersederhana. Biarlah di dunia ini kita di keji oleh orang jangan pula di akhirat kita di keji oleh Allah s.w.t. Amat lah rugi dan hina nyer diri kita nie. Sedangkan hidup di akhirat itu kekal selama-lama nyer. Di sini aku berpesan pada diri sendiri serta pada rakan2 ingat lah bahawa kita mati hanya satu kali dan hidup dua kali iaitu di dunia dan di akhirat. Kejar lah yang akhirat insyaallah yang dunia kita akan dapat juga. Akhirat adalah yang kekal. Semoga hidup kita di beri petunjuk dari Yang Maha Esa.

Friday, September 23, 2011

Kata-kata yang terindah

TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK BALQIS,
JIKA DIRI X INDAH SULAIMAN,
MENGAPA MENGHARAPKAN TEMAN SETAMPAN YUSSOF,
JIKA KASIH X SETULUS ZULAIKA,
X PERLU DIRI MENJADI SETEGUH IBRAHIM,
JIKA X SEKUAT SARAH,
MENGAPA DIDAMBA TEMAN HIDUP ISTIMEWA KHADIJA,
JIKA DIRI X SEMPURNA RASULULLAH S.A.W,
TAK GUNA ADA MATA KALAU X DAPAT MELIHAT,
TAK GUNA ADA HATI KALAU X TAHU MENILAI..........