Wednesday, June 22, 2011

Jum Berkira sikit. very2 intersting....

Salary RM3,000/month enough???       Very interesting... read it on.
Somebody should get this to ' people on top ' …


Let ' s do some simple calculations here.
In Malaysia , the average family income is RM3,000 /month (where father works, mother doesn ' t). I understand there are many families whose monthly income does not reach RM3,000, but, to make things simple, let ' s take RM3,000 as the figure. Ok lah , right?


Okay, let ' s start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son.

Ngam-ngam
  

Calculation starts...
Electricity and water bill:                                RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater … ok?)


Phone bill ( Telekom ):                                    RM100


Meals for a happy family:                               RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons…?)


Papa makan / teh-tarik during working hrs:    RM155

(RM5/day, RM5 … can eat what?)


Car repayment:                                                 RM400

(A proton saga aeroback , 7 yrs repayment)


Petrol (living in city, traffic-jam):                     RM300

(go to work, bring son to school, only can afford one car running)


Insurance:                                                           RM650

(kids, wife and myself)


House repayment:                                               RM750

(low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)


Tuition:                                                              RM80

(got that cheap meh ? i don ' t think so)


Older children pocket money @ school:           RM20

(RM1/day, eat bread?)


School fees:                                                          RM30
(enough ah ?)


School books and etc:                                        RM100

(always got extra to pay in   school  )


Younger children milk powder:                         RM50

(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)


Miscellaneous:                                                   RM100

(shampoo, rice, sauce, toilet paper)


Oh wait!!! I have to stop here, so... No Astro ,  no movie @ cinema, no DVD, no CD, no online, cannot KFC, cannot McDonald, cannot go Park walk during weekend (petrol expensive), no chit chat on phone with grandparents, and etc...


Let ' s use a calculator to total up... WALAO EH! Shit!
RM3,610 already…
EPF belum potong , income tax lagi ........ oledi
RM3,610 ...

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???


Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don ' t eat? Don ' t work? Don ' t send children to school and study?


Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don ' t earn RM3,000/month!!!


What is this? Inilah Malaysia Boleh ... Sorry... it should be
Malaysians Boleh , because we ' re still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

No, all their expenses are paid by somebody else.
That is why so many people are trying to get elected.
With pension some more !!!
No they are not mad. Only pretending.

Saturday, June 11, 2011

Nilai Sejambak Bunga.

Seorang pemuda turun dari sebuah kereta mewah yang diparking di depan tanah perkuburan.

Pemuda itu berjalan menuju kesebuah bangsal tempat pekerja-pekerja berehat. Setelah memberi salam, pemuda itu berkata;
" Saudara, mahukah Saudara menemui wanita yang ada di dalam kereta itu? Tolonglah Saudara, kerana para doktor mengatakan sebentar lagi beliau akan meninggal! "

Pekerja dikuburan itu menganggukkan kepalanya tanda setuju dan dia segera berjalan di belakang pemuda itu.

Seorang wanita lemah dan berwajah sedih membuka pintu keretanya dan berusaha tersenyum kepada pekerja dikuburan itu sambil berkata;
" Saya Datin Salleha. Saya yang selama ini mengirim wang setiap dua minggu sekali kepada anda. Saya mengirim wang itu untuk anda membeli seikat bunga ! dan agar anda dapat meletakkannya di atas pusara anak saya. Saya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kesediaan dan kebaikan hati anda. Saya ingin memanfaatkan sisa hidup saya ini untuk berterima kasih kepada orang-orang yang telah menolong saya. "

" Oh, jadi Datinlah yang selalu mengirim wang itu? Datin, sebelum saya memulakannya, izinkan saya meminta maaf kepada Datin. Memang wang yang Datin kirimkan itu selalu saya belikan bunga, tetapi saya tidak pernah
meletakkan bunga-bungaan itu di pusara anak Datin. " jawab pekerja dikuburan tadi itu.

" Apa!!, maaf? " tanya wanita itu dengan gusar.

" Ya, Datin. Saya tidak meletakkan bunga itu di perkuburan anak Datin. Orang mati tidak akan pernah dapat melihat keindahan sejambang bunga. Kerana itu setiap bunga yang saya beli, saya berikan kepada mereka yang ada di rumah sakit, orang miskin yang saya temui, atau mereka yang sedang bersedih. Orang-orang yang masih hidup, sehingga mereka dapat menikmati keindahan dan keharuman bunga-bunga itu, Datin," jawab
pekerja dikuburan itu.

Wanita itu terdiam, kemudian dia mengisyaratkan kepada pemandunya agar segera pergi.

Tiga bulan kemudian, seorang wanita cantik turun dari keretanya dan berjalan dengan anggun ke arah bangsal pekerja dikuburan.

" Selamat pagi. Apakah anda masih ingat dengan saya? Saya Datin Salleha. Saya datang sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat yang anda berikan beberapa bulan yang lalu. Anda benar bahawa memperhatikan dan membahagiakan mereka yang masih hidup jauh lebih berguna daripada meratapi mereka yang sudah meninggal.

Ketika saya sendiri secara peribadi yang membawakan bunga-bunga itu ke rumahsakit atau rumah tumpangan, bunga-bunga itu tidak hanya membuat mereka bahagia, tetapi saya juga turut bahagia. Sehingga ketika ini para doktor tidak tahu mengapa saya boleh sembuh, tetapi saya benar-benar yakin bahawa sukacita dan pengharapan adalah ubat yang memulihkan saya! "


***********************************************************************************

Jangan pernah mengasihani diri sendiri, kerana mengasihani diri sendiri akan membuat kita terperangkap di kubangan kesedihan. Ada prinsip yang mungkin kita tahu, tetapi sering kita lupakan, iaitu dengan menolong orang lain sesungguhnya kita menolong diri sendiri.

Saturday, April 30, 2011

Buat mu yang bergelar sahabat.

:: SAHABAT::
 
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung ....
Kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita
Sebagaimana kita mengharapkan
keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat , begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu....
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri...
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.


Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu,
terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita,
dia juga tahu rasa kecewa
tetapi kita sering terlupa.... Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu
berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga ... Kadang-kadang kita terlupa ...
sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang
rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita
menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita
boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita
menjadi bahu untuk dia bersandar harapan ?
Sesekali
jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan sahabat Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga
ada rasa takut , ada rasa bimbang, sedih dan kecewa .
Dia juga
ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.. Sebagai kekuatan… Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu
melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan
Di
sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di
sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi.
jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..
RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai , tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan . (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik . Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik . (Hulamak)

Sunday, April 24, 2011

Jalan-jalan kat bandaraya Kota Bharu.

Lama sudah aku tak lepak2 kat bandaraya Kota Bharu nie. Sekali tu pegi la lepak2 ngan kekawan pat kerja. Best gak lepak2 nie... heheheee.... Terigat plak aku zaman2 sekolah kat teknik PC dulu... Selalu lepak ngan kekawan kat sini. perghhhhhhhhhh.... Zaman tu dah 10 tahun yang lepas. Banyak aku perhatikan dan sudah banyak perubahan kat bandar nie. Maju jugak la Kota Bharu nie. Bangga kejap aku... hehehehee... Dapat la juga aku take beberapa foto nie tok masuk kan kat blog aku nie... Mana tahu kan berguna jugak blog aku di masa akan datang tok tengok perubahan kat KB nie.








Syukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan limpah Kurnia-Nya. aku dapat melihat keindah bumi ini. Betapa besar Kekuasaan Mu Ya Tuhan ku. Engkaulah Pencipta Yang Tiada Bandingnya. Semoga Allah s.w.t merahmati hidup kita semua. Amin.

Tuesday, April 19, 2011

Perancangan kewangan boleh atasi masalah kenaikan harga

Utusan Malaysia : 15 Sept2005

Ekorandaripada kenaikan harga minyak dunia yang berterusan, mahu tidak mahu, kitasebagai pengguna dan rakyat negara ini, terheret sama menerima kesannya.Tentunya golongan paling sengsara ialah yang berpendapatan rendah. Jika sebelumini kesempitan hidup menyukarkan mereka, perkembangan terbaru ini lebih-lebihlagi. Memang adayang marah. Kemarahan mereka sehingga menuduh kepimpinan kerajaan hari ini lemahdan tidak prihatin. Dalam halini kerajaan tidak cuba untuk berdiam diri. Masalah rakyat bermakna masalah kerajaan juga. Kerajaan yangbertanggungjawab akan memastikan rakyat dan negara bebas daripadakesengsaraan. Justeru,beberapa langkah bagi menyeimbangkan kenaikan harga bahan mentah itu dengankepentingan negara perlu diambil. Biarpun dalam `kesusahan', kerajaan telahmengumumkan empat langkah segera bagi mengurangkan bebanrakyat. Pengumumanyang ditafsirkan sebagai `pra-Bajet 2006' itu ialah menurunkan cukai jalanantara 25 hingga 80 peratus; tidak menaikkan harga petrol, diesel, gas memasaksehingga penghujung tahun ini; kadar tol kekal tahun ini dan tahun depan sertatambahan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan tua dandaif. Sekurang-kurangnya, usaha itu dapat melegakan sedikitkeperitan yang dihadapi oleh pengguna berpendapatan rendah. Adalah benar,kerajaan wujud kerana rakyat. Rakyat yang memilih dan memberi mandat kepadakerajaan untuk mentadbir negara menjadi yang terbaik. Jika dalam kesusahanrakyat tidak sanggup untuk bersama, kerajaan tidak akan mampu melakukan yangterbaik untuk rakyat. Bagaimanapun apakah rakyat atau pengguna mempunyaipilihan? Minyak adalah bahan asas kehidupan. Kenaikan bahan api asas ini akanmenaikkan secara langsung bahan-bahan pengguna yang lain. Dengan secara langsungakan mengakibatkan kenaikan inflasi. Pelbagai cadangan telah dikemukakan untukmenangani masalah ini. Tetapi bolehkah ia dilaksanakan? Secara realitinya banyakcadangan-cadangan telah dipertengahkan, di antaranya adalahseperti:-
* Denganmenggunakan teknologi tinggi yang menjimatkan penggunaan bahanapi,
* Mengawalharga barangan pengguna dengan menetapkan siling,
*Mengadakan sistem pengangkutan yang cekap,
*Menghentikan projek mega kerajaan yang tidak kritikal atau perlu dan dengan ituboleh mengalihkan dana yang dijimatkan berikutan penarikan subsidi itu untukprojek yang akan memanfaatkan negara, seperti lebih banyak perumahan kos rendah,penjagaan kesihatan ditingkatkan, sistem pengangkutan dan kemudahan sekolah yanglebih baik,
*Menyediakan insentif bagi nelayan, petani dan mereka yang terlibat dalamperniagaan pengangkutan untuk mengimbangi kenaikan kos,
* Perananorang tengah perlu dihapuskan dan petani perlu diberikan peluang yangmembolehkan mereka menjual hasil mereka terus kepadapelanggan,
*Mewujudkan dana untuk menyediakan pinjaman kepada peniaga kecil, penjaja danperniagaan kecil, yang membolehkan mereka mengelakkan lintah darat atau ahlong,
*Menggalakkan rakyat secara keseluruhan untuk menumpukan perhatian terhadapsimpanan; dan berbelanja secara bijak. Budaya hutang dengan penggunaan kemudahankredit yang meningkat tidak perlu digalakkan. Jika perlu, kerajaan perlumenasihatkan orang awam supaya memulaukan barangan dan perkhidmatan berhargatinggi tertentu.

Perkaraasas yang diperbincang dan diketengahkan sepertimana yang tertulis di atasadalah bersabit dengan kewangan. Perkara pokoknya adalah kita tidak mempunyaiperancangan kewangan yang khusus. Masalahnya adalah subjek ini tidak diajar disekolah-sekolah malahan institusi-institusi kewangan yang kononnya memasarkanperancangan kewangan kepada pengguna sebenarnya hanyalah penjual produksemata-mata product pusher. Pengguna-pengguna tidak diajar malahan langsungtidak dilatih untuk mendapat pulangan yang maksimum daripada pinjaman perumahanmereka, pinjaman sewa beli, pelaburan, insurans, insentif cukai, sistempengiraan faedah dan peninggalan harta.

Perancangan
Denganadanya perancangan kewangan, ia boleh membantu pengguna-pengguna mengatasi ataumemperoleh perkara-perkara seperti berikut:-
*Pengukuhan kewangan terhadap inflasi
*Pengurusan hutang yang membawa pulangan
*Pembiayaan selepas persaraan
*Penyediaan tabungan kecemasan
* Keperluantuntutan semasa
*Pembiayaan pendidikan 

Sebagaicontohnya, jika seseorang memiliki rumah yang harus dibayar pinjaman perumahanyang tetap selama 20-30 tahun, sudah pasti ia membebankan. Bagaimanapun denganadanya perancangan kewangan, bukan sahaja ia tidak perlu membayar pinjamanperumahan untuk suatu jangka masa atau memendekkan tempoh bayarannya malahanboleh mendapatkan pulangan hasil pelaburan nilai bersih rumah itu. Dengan lainperkataan rumah dapat, pulangan juga dapat. Ini boleh dilakukan dengan prosesperancangan kewangan yang inovatif. Ia ada di pasaran tetapi tidak diendahkanoleh institusi-institusi kewangan yang mahukan keuntungan yang lebih. Denganperlaksanaan perancangan kewangan ini, perbelanjaan dapat dikurangkan dansimpanan sebagai asas perancangan kewangan dapat dipetingkatkan.
Selaindaripada itu, kita juga memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Kenaikanharga barangan dan keperluan tuntutan semasa harus dipenuhi. Tidak kira sama adahujan atau panas. Pelbagai keperluan lagi harus juga kita laksanakan. Ini adalahtanggungjawab hidup. Dengan adanya perancangan kewangan, seseorang itu sudahpasti boleh menempuhi hari-hari kemudian tidak kira panas atau ribut malahan ditengah-tengah kebanyakan orang bergelut dengan kesan negatif ekonomi, merekayang telah merancang kewangannya akan dapat menikmati hasil yanglumayan.
Pembelajaran perancangan kewangan ini harus dikemudikanoleh pihak kerajaan yang mampu membendung kos kerana inilah pendidikan/ilmu yangterpenting yang masih belum diajar di mana-mana universiti di negara ini. Rakyatkhususnya tidak lagi akan mengeluh dengan pelbagai masalah ekonomi jika dirimereka tahu dan yakin mereka telah bersedia menempuh masa depan baik masa-masayang gembira mahupun duka.

Business Intelligence For Dummies     Business Analytics for Managers: Taking Business Intelligence Beyond Reporting     Business Intelligence (2nd Edition)

Friday, April 1, 2011

Antara logik dan matematik.(lawoks gilers)

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan
kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain
aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan
seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,
tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.
Funny Girl                 Barbra Streisand Collection (4-pk)(Tin)