Monday, August 29, 2011

Selamat Idul Fitri

Salam semua... Perghhh lama rase x updates blog aku nie. Maklumlah sibuk katakan nak raye. Hehehe... Korang seme cam mana dah ready ke blum... Dalam entry nie aku nak terangkan sikit la pasal ape itu perayaan aidilfitri. Ilmu ini aku amik dari wikipedia hari raya. Dalam tu dia kata cam gini.

Hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
 So sape2 yang nak tahu lebih lanjut leh lah klik sini.

Di kesempatan ini aku menyusun sepuloh jari jemari ku tang cantik nie... Ingin meminta maaf & ampun dari kamoo semua kira nyer aku ada silap... terkasar tulis ke... terlebih komen ke... Ape2 yang terr lagi la... hahahaaa... Muga ramadhan kita diberkhati dan syawal lebih meriah... Lup u Alll..... :D

4 comments:

alia zainol said...

selamat hari raya encik khairull-dean :))

khairul said...

selamat hari raya bro..hati2 semasa memandu

ShErA said...

selamat hari raya juga.. :)

lelakiterindah said...

slamat hari raya hencek krol, kita dah fooloowww :)

Post a Comment