Monday, October 31, 2011

Akhirnyer

Salam semua.... Setiap perjumpaan itu pasti ada perpisahan... Setiap permulaan itu pasti ada akhir nyer.. Sudah menjadi lumrah hidupkan... Sememangnyer x boleh di nafikan lagi... Hehehee... Hari nie merupakan akhir aku berkerja kat projek Bangunan audit cawangan negeri kelantan... Sememangnyer banyak kenangan terukir serta pengalaman yang berharga... Banyak juga ilmu yang aku timba dekat sana... Terima kasih kepada pihak2 yang memberi sokongan serta kerja sama... Aku harap hidup aku akan lebih berjaya serta maju ke hadapan... Bersyukur kepada yang Maha Kuasa kerana memberi kekuatan terhadap diri yang lemah ini... :)

nie lah rupa bangunan jabatan audit cawangan negeri kelantan... Ape macam canti tak.... very2 nice design dia kan... :)

Saturday, October 29, 2011

I have new jobs

Salam semua... hehehe.. Nie aku nak cter sikit nie... Betapa gembira nya aku dapat kerja baru.. Perghhhh... Kerja sebagai supervisor je la.. Kat tapak pembinaan.. Kat mana tu aku malas nak cter la.. Pas nie aku x leh la nak updates blog aku selalu.. Nak BW pom x sempat jap ag... hehehee.... mintak maaf la seme bloggers ea... Harap2 seminggu sekali dapat luangkan masa tok korang... Nie pom dah terasa sibuk.. Komitmen yang di berikan kat aku nie sgt3 besar. Tertanya lak kat diri sendiri nie... Leh tak aku mengharungi nyer.. Maklum la banyak tekanan yang akan aku hadapi nanti. Mintak2 diri ini tabah menghadapi semua itu.. Dan aku berharap agar aku dapat belajar sesuatu yang baru dan bermakna lagi.. Hehehee... Selangkah aku melangkah x mungkin aku berpatah kembali.. Cita2 aku untuk menjadi seorang berjaya akan ku buktikan pada diri sendiri... :)

Friday, October 28, 2011

Aku keseorangan.

Salam semua.. Malam yang indah nie agar di beri ketenangan... Hehehe.. Korang pernah tak rasa keseorangan. Mesti pernah kan.. Di selubungi rasa sedih... Rasa gelisah... Rasa takut nak hadapi hidup nie kan... Ea la bila keseorangan macam terpikir.... Bak kata orang kan.. Minda kita berjalan bila diri kita berhenti atau tidak melakukan sesuatu xtiviti.. Betul jugak tu.. Boleh pakai la tu.. Hehehehee.. Tadi aku keluar la jalan2.. Konon2 hilangkan tekanan la sikit.. Jumpa kawan2 lama.. Borak punya borak soalan sama je duk tanya.. Bila nak kawin..??? Heheheeee.. Tua dah agak nyer aku nie.. Soalan tu aku tak jawab pon.. Uat masa nie aku malas dah nak pikir pasal tu ag.. Biar lah masa mengubati dan menentukan nyer.. Ape aku nak kisah kan..?? Sekali pikir sedap gak hidup keseorangan nie.. Tapi bila da masaalah x tahu lak nak ngadu sape.. Uat bodo je la.. Anggap tak da pe2 masaalah yang ada.. Kalau nak pikir sal masa depan tak terpikir agak nyer.. Sebab aku pom tak tahu bila aku akan mati... Atau hidup aku nie lama mana ag kan.. Aku pernah gak terpikir kan.. Aku lahir pom seorang diri je.. Cuma di bantu oleh bidan kampung je.. Nanti di saat kematian pom aku akan lalui seorang diri gak... Tambah2 lagi kat dalam kubur tu.. X da sape nak teman kan..?? Tapi mengapa aku hidup kat dunia nie perlu teman ea.. Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui dari segala-gala nyer... Walau ape pom hidup aku perlu teruskan.. Ujian tu pasti datang... Dugaan pasti menghujan diri ini.. Baru aku rasa hidup aku penuh dengan cabaran.. Kekadang diri ini sangat lemah untuk menempuhi semua itu.. Aku hanya mampu berdoa kepada Tuhan supaya kuat kan diri ini.. Kenapa nak ukur diri aku dengan kemampuan orang lain kan... Aku tengok orang lain atau kawan2 aku senang je hidup mereka... Dah itu rezeki mereka kan.. So........ sebelum aku menerima sesiapa dalam hidup aku.. Aku perlu terima diri aku sendiri.. Maksub aku kemampuan aku.. Tahap aku berfikir.. Cara hidup aku.. Selepas aku leh terima diri aku seada nyer baru lah aku boleh mengenal diri aku nie... Dan mengubah ke arah yang lebih baik.. Orang yang berjaya dalam hidup adalah kehidupan hari ini lebih baik dari kehidupan semalam... Orang yang kaya adalah orang yang terima pemberian dari Yang Maha Kuasa seadanyer.... Sekirannya aku di takdirkan keseorangan aku terima seadanya namun aku tidak akan berhenti berusaha... Sebab aku bukan ahli sihir yang dapat menilik masa depan... Janji aku berusaha kan... heheheee... Alamak terjiwang la plak aku nie... Adehhhh... Jiwang kew... Aku rasa x la jiwang sgt kan.. Sikit2 je... Korang rasa cam ner..??? hehehee..... ;)

Thursday, October 27, 2011

Sesuatu yang diciptakan mesti ada tujuannye.

Salam semua... Terpikir plak aku hari nie.. Ada tak benda yang diciptakan x da tujuan... Hehehe... Mesti x da kan... Pelik atau ganjil kan kalau sesuatu yang di cipta x da tujuan kan... Sama ada tujuan baik atau buruk , x kisah lah semua tu bertujuan juga. Walhal benda yang sekecil sekali pom mesti ada tujuan atau kegunaan yang tersendiri kan. Sini aku nak mempersoalkan je..?? Kita manusia nie di ciptakan untuk ape..??? Pernah korang semua terpikir benda nie.. Heheheee... Yang tahu bila pagi bangun gosok gg uat xtiviti cam biasa bila malam plak tidur... Tu je yang tahu kan... Tu aku cakap aku la... Klau korang aku tak tahu la..??? Heheee... Pikir duk pikir mari , terjumpa jawapan yang ringkas bagi aku.. Manusia di ciptakan adalah untuk taat pada Yang Maha Mencipta manusia itu iaitu Allah s.w.t.. Bagaimana nak taat tu..?? Yang nie aku x nak urai panjang2 takut tersalah plak.. Secara ringkas nyer ikutilah sunnah/hadis Rasulullah s.a.w dan kitab Al-quran yang di turunkan... So kena la belajar ilmu nie ea.. Kalau tak rugi la kita... Kita mungkin akan tersesat dari jalan yang benar jika tidak belajar dari sunnah/hadis Rasulullah s.a.w dan Al-quran yang diturunkan itu... Semakin kita belajar semakin jelas tujuan hidup kita nie... Selamat mencari tujuan hidup yang sebenar ea..

Tuesday, October 25, 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Salam semua, heheheee... nie aku nak habak.. aku join kontes lagi.... aku di jemput oleh aweks tok join nie... nak taw sape dia.. dia adalah rosaisa... thanks ea... hehehe... sape2 nak join leh la klik kat gambar bawah tu... N than bace2 syarat2 dia dulu... adiah menarik gak wei.... :D
Macam mana nak join:
1. Buat entri dengan ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”
2. Kena la follow blog Penmerah.com. Muahahahaaa.
3. Copy banner comel tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway.
4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang aje. Nak tag ramai pun boleh takde masalah.
5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti. Semoga tuah menjadi milik korang ye!

Tempoh Kontes : 21 oktober to 30 november....

nie dia yang aku tag... sorry la ea aku main tag je....

cikk mai

ctk

nurul syafika

Monday, October 24, 2011

Di dalam masalah, terletak benih kemenangan masa depan.

Kata-kata yang mungkin pendek. Tapi memberi makna yang begitu besar dan membuatkan diri merasa sesuatu semangat untuk terus berjuang. Dalam perjuangan hidup pasti ada masaalah bagi melengkapkan hidup ini. Masaalah sering melanda dalam kehidupan bagai hujan yang menimpa bumi. bagi orang bijak pandai mereka mengangap masaalah itu sebagai ujian untuk melonjakkan diri mereka ke tempat yang lebih tinggi lagi. Dengan ujian jugak kita dapat tahu siapa diri kita ini. Itulah cara untuk mengukur keaadaan seseorang. Apabila kita menghadapi masaalah , apakah yang kita lakukan..?? Kita patut menghadapi masaalah itu dengan penuh kesabaran dan tidak boleh lari dari masaalah yang kita hadapi. Kira nyer kita lari , kita mengalami satu pengalaman yang sangat berharga. Apa pengalaman itu..?? Pengalaman menghadapi masaalah serta mengenal masaalah tersebut dan cara mengatasi masaalah tersebut. Mengapa masaalah timbul..?? Masaalah akan timbul sekiranya kita melakukan kesilapan atau pom mungkin perancangan kita tidak betul. Mungkin juga masaalah itu ujian dari Allah s.w.t serta hukuman ke atas kita kerana banyak membuat kesilapan. 
p/s: tempuhilah hidup dengan penuh kesabaran. Terima lah apa yang di takdirkan oleh Allah s.w.t. Ini kerana Allah s.w.t Maha Mengetahui dari kita semua. Tanpa masaalah hidup kita tidak lengkap seperti memasak tanpa rempah ratus atau garam. Benih kemenangan untuk masa hadapan terletak dalam masaalah yang kita hadapi sekarang. Muga Allah s.w.t merahmati hidup kita semua... :)

Saturday, October 22, 2011

Seinci lagi emas.

Salam semua.. Ari nie aku terasa nak share satu cerita motivasi la skit.. Hehehe.. nampak lemah je semua nie.. Come la.. :)
  • Pada dahulukala ada seorang saudagar emas. Saudagar emas nie sangat kaya. Dan ia bercadang untuk membuka satu perlombongan emas. Maka ia pun menubuhkan satu pasukan atau satu company yang terdiri dari pekerja2 yang mahir. So bagi saudagar itu rancangan dia akan berjaya. Bermula lah saudagar emas itu mengarahkan pekerja-pekerja nyer mencari serta mengkaji tempat yang ada emas. Maka dengan sikap kesungguhan mereka , telah terjumpa la satu tempat yang ada emas. Setelah kajian di buat oleh pakar2 yang bekerja dengan saudagar tersebut memang sah la ada emas di kawasan itu. Saudagar itu mula mengarah supaya perlombongan dijalankan. Semua peralatan atau machine di bawa masuk. Kelengkapan yang serba cukup. Machine yang serba canggih. Tenaga kerja yang mengcukupi. Saudagar itu mula berangan2.. Projek aku sudah mula berjalan. Sekejap lagi kaya lah aku. hehehee.. Akan tetapi lama sudah melombong atau mengorek tanah di lakukan. Tiada juga emas di jumpai. Saudagar itu mula risau. Minggu berganti minggu , bulan berganti bulan... Hasil nyer tidak juga dapat. Saudagar itu mula give up. Semua usaha x jadi. Dia pom memutuskan supaya perlombongan emas itu di tutup. Semua kelengkapan kerja di bawa keluar. Selepas itu datang lah seorang yang berminat membuka semula perlombongan emas itu. Dia pun membuka perlombangan itu semula. Keesokan hari nyer telah jumpa emas. Saudagar emas yang tadi mendapat tahu tentang perkara ini. Alangkah menyesalnyer dia. Kalau ia bersabar tentu ia akan dapat emas itu. Sebab hanya seinci lagi emas dapat di jumpai. Hanya seinci lagi kejayaan menunggu...
p/s: bersabarlah dan teruskan berusaha. Hanya seinci lagi untuk kita berjaya.... renung2 kan lah.. :)

Lawatan ke politeknik jeli, kelantan.

Salam semua... Semoga nyenyak ea tidur time2 gini.. Hehehee.. Aku baru je siap uat kije skit tadi. Terasa lak nak update blog aku nie.. Korang nak tahu tak pagi tadi aku g uat lawatan kat projek pembinaan jeli, kelantan.. Hahahaa... Macam aku nie orang2 besar lak (uat lawatan) , yang sebenarnye aku g jalan2 je jumpa kawan2 lama sambil2 ushar kerja kat sana. Nasib nyer aku baik aku terus je di interbiu. Korang rasa kan (pendapat korang la) dulu aku kerja kat site tu.. Aku berhenti dan sekarang masuk balik..?? ok ke tak r.. Macam2 aku pikir.. Dah la kenangan-kenangan indah banyak kat site tu.. Kenangan2 pahit pom lagi banyak... Adeh.. Cam mana ea... Aku kena pikir masak2 dulu nie... Berbalik citer yang tadi tentang aku di interbiu.. Aku tertarik dan kagum dengan ucapan atau nasihat yang di berikan oleh peng iterbiu aku tu. Peng interbiu aku tu orang nyer cina, nama pom pelik... waran nama dia... Okey.. Dia pom citer la kat aku.. Dia nie pentingkan sikap pekerja yang bertanggung jawab terhadap kerja.. Komitmen pada kerja hendaklah 100%.. So dengan kata lain ur works is ur life... Perghhhh... Patot la cina dapat majukan.. Sikap individu dia cam nie rupe nyer... Semoga aku bersemangat kembali untuk memajukan diri aku... heheheee.... :)

Gambaran projek politeknik jeli





Gambaran projek politeknik jeli




Thursday, October 20, 2011

Bercakap benar

Hiiii alll.... Salam semua... Arap sihat jew... Pepagi nie aku terfikir sal bercakap benar plak. Ade2 jew la kan... Bercakap benar nie boleh di sama ertikan dengan jujur.
Pada sapa kita nak jujur nie..???
# Bagi aku kita perlu jujur pada diri kita sendiri. Apabila jujur pada diri sendiri kita akan jujur pada orang lain. Kenapa kita perlu jujur..???
# Kita perlu jujur kerana ini akan menjejaskan masa hadapan kita. Ia juga akan membentuk keperibadian kita serta menjadi satu habits kepada kita. Kalau dah jadi gitu susah la nanti.
Bagaimana sifat jujur nie dapat di tunjukkan..???
# Nie senang je nie.. Mestilah dengan tingkah laku iaitu perbuatan kita serta dengan perbicaraan iaitu percakapan kita.

Dulu aku nie suka sangat cakap nipu... Hehehee.. Nak kata kuat tu tak r. Tapi bila di fikirkan balik terasa bodoh lak menipu nie. Bukan leh ape pom... Apabila terbongkar rase nyesal lak... walau pom aku menipu untuk menjaga hati seseorang. Tapi aku sedar sekarang aku perlu jujur pada diri sendiri. Terasa senang hati bila kita tidak menipu nie. Adakala nyer bila kita bercakap benar nie akan menggoris hati sesiapa di sekeliling kita , akan tetapi itu membuatkan kita sedar dan kita tahu diri kita sebenarnye. Dengan itu juga membuatkan kita lebih matang dan lebih dewasa... 


Wednesday, October 19, 2011

Betul ke nie.... Siap dapat duit lagi nie.

Salam semua blogger... Nie aku nak cerita sikit nie... Pergghhhh excited sgt nie... Maklum la benda dapat duit kan... hehehee... Kena la kongsi same2.. Hari nie aku dapat email dari member aku.. Email dia cam ginie:

 
Salam sejahtera khairull dean,
Teknik paling mudah untuk para blogger, pengguna facebook dan twitter yang mempunyai traffic yang bertalu-talu dan banyak untuk menjana pendapatan ialah dengan pengiklanan Adf.ly.. Sebenarnya konsep Adf.ly ini sangat mudah iaitu dengan “mengecilkan” link dengan Adf.ly sahaja dan dapat komisyen. Anda boleh manipulasikan Adf.ly untuk menjana pendapatan lebih-lebih lagi jika anda mempunyai :
- Fan Page yang mempunyai LIKE yang banyak
- Twitter yang mempunyai FOLLOWERS yang banyak
- Blog yang mempunyai TRAFFIC yang banyak
Dengan mudah sahaja anda boleh menjana pendapatan dengan Adf.ly…Apabila orang klik link, anda dapat komisyen…Memang mudah! Untuk mengetahui lebih lanjut & mendaftar sila klik link di bawah ni…
PERCUMA jer...

Itulah antara kandungan email dia.. So aku try la benda alas nie... Its ok... Ia memang free la.. X salah kalu nak mencuba kan... heheheee... Tapi aku rase korang mesti dah tahu kan ape adf nie kan... Selamat mencuba ea... Nanti jgn lupa tinggalkan feedback ea... hehehe.... :) 
 

 p/s: sape2 nak join leh r klik kat links atas tu... atau pom kat gambar atas nie... TQ....

Tidak ada satu perkara terjadi secara kebetulan

Kebetulan atau lebih di fahami dengan tidak sengaja sering kali membuat pikiran aku bercelaru. Memikirkan sesuatu perkara yang terjadi itu sebenarnya secara sengaja atau tidak sengaja. Sebenar nye hidup ini sangat misteri jika di fikirkan sudah tentu tidak tercapai akal kita yang lemah ini. Hanya Allah s.w.t saja yang Maha Mengetahui , Maha Bijaksana. Pernah kah kita semua merasa... Kenapa aku jadi cam gini...??? Kenapa hidup aku begini..??? Mengapa...??? Dan banyak lagi la.. Mesti pernah kan... Seharus nya kita perlu positifkan minda kita yang terjadi mesti ada hikmah nya.. Mesti ada sebab nya.. Dengan kuasa Allah s.w.t semua akan jadi. Wajar lah untuk saya katakan disini bahawa tidak ada satu perkara terjadi secara kebetulan. Ia nya mesti bersebab dan ada hikmah di sebalik nya.... Hanya kesabaran yang di perlukan bagi bekalan untuk berjalan....

ww #2 : Serangga yang makin pupus

Tuesday, October 18, 2011

Thanks My friends

Salam semua, entry aku tok yang nie aku nak ucap thanks bebanyak kat kawan aku dua orang nie.. Coz semalam ajak aku makan kat tempat yang aku suka... Hehehehe... Siap belanja lagi tu.. Nie may be coz hari jadi aku kot.. Kira2 sambut hari jadi la nie... So siapa kawan aku tu... Nie aku nak introduce sikit... Mereka adalah Raja Bulyamin n Normalis... Dah lebih kurang 11 tahun kita orang kenal.. Thanks my friends.... Lupa nak cakap lak kat mana tu... Hehehe... kat food village di pengkalan chepa.. Yang ari tu aku g kat jalan bayam nyer... Perghhhh... memang aku suka r makam2 benda cam nie... Sedap sangat bak kata orang sedap huduh... hahahaa.... :)

 

Saturday, October 15, 2011

Aku sudah buntu

Entah la..... Semenjak dua menjak nie aku sangat terasa buntu... Terfikir macam2.. Nape tetiba je aku jd cam nie... May be aku terlalu sedih kot... Aku nie macam dah hilang mana tempat nak tuju... Matlamat idup aku makin hari makin pudar.. Banyak sgt tekanan hidup kot..?? Aku pom tak tahu... Dulu aku x macam nie rase nyer.. Kenapa la hidup aku cam gini..??? Aku rasa semua benda yang aku buat sekarang nie salah.. Ada je yang tak kena nyer.. Bagaimana la aku nak teruskan idup aku nie... Semakin aku membesar semakin aku hilang arah.. Kemana arah hidupku, aku pom tak tahu... Adehh... Tersiksa sgt aku rasa sekarang... Yang penting aku nak keluar dari situasi nie.. Tapi macam mana ea..??Apa yang aku nak pom aku tak tahu sekarang..??? Adakah aku nie ada masaalah..?? Rase nyer x da la masaalah sgt.. Susah la macam nie ea... Betapa lemah nyer diri ini... Terpikir cara yang terbaik untuk teruskan idup nie.... Tapi masih belum jumpa jawapan nyer...

yeahhhh... dapat kek (*_*)

Salam semua... Perghhhh... Ari nie tarikhnyer 15 oktober. Korang semua tahu tak... Ia bersejarah dalam hidup aku... Pada tarikh nie la aku selamat keluar dari perut ibu ku dan lahir ke dunia nie... Hehehe... Alhamdullilah sampai skg masih hidup lagi. Sedar tak sedar aku dah berumur 27 dah. Dan selama nie lah aku hidup kat dunia nie... Di kesempatan nie aku ingin mengucapkan bebanyak trima kasih kepada kawan2, kepada keluarga yang banyak menasihati aku dan memberi tunjuk ajar pada aku... X lupa jugak kepada yang mendoakan aku selalu..... :) SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA DI BERI PETUNJUK UNTUK MENUJU KE JALAN YANG BENAR.....
cantik tak aku dapat kek nie... hehehee.... Tq kepada yang membagikan hadiah nie...

Saturday, October 8, 2011

Membentuk keperibadian yang mulia


Salam semua... Alhamdulillah.. Harap sihat semua nyer. Nie aku nak bagi pandangan serta nasihat atau motivasi skit serta berpesan terhadap diri sendiri. Nie aku tulis berdasarkan pengalaman aku serta pandangan aku sendiri. Seperti yang kita sedia maklum manusia nie memang makhluk yang sangat lemah dan sering kali melakukan kesilapan. Adakala kita melakukan benda yang kita fikir kan betul tapi masih ada salah lagi. Itu menunjukan kita nie sgt2 lemah dan kita di beri satu sifat yang sgt bahaya bagi aku. Iaitu keegoan. Sifat nie bahaya menyebabkan rosak nye dalam membentuk keperibadian yang mulia. Aku tidak mahu menghuraikan sifat keegoan ini. Aku hanya nak bagi pandangan dalam membentuk keperibadian yang mulia. Keperibadian ini bermaksub sifat-sifat yang ada pada diri kita dan ia mencerminkan kita kepada orang yang melihat nyer. Sememangnya semua orang mahu kepada keperibadian yang mulia serta semua orang akan suka dan hormat kepada seseorang yang berkeperibadiaan mulia ini.
Akan tetapi mengapa hanya sedikit sangat insan yang berperikebadian mulia ini..??? Ini lah jawapan nyer..
1)Kita semua sudah tahukan bahawa Syaitan itu adalah musuh yang nyata kepada kita yang beragama islam. Dan dia telah berjanji bahawa ia akan terus menghasut manusia dan mengheret manusia ke neraka walau ape cara sekali pun sehingga sampai kiamat.

Friday, October 7, 2011

Tarikh yang mungkin jadi sejarah hidup

Salam... Pada tarikh nie, aku saje nak letak lagu nie supaya aku igt tarikh nie sampai bila2... May be nak uat kenangan la skit kan... HUhuuuuhhu~~~~~~~

Keputusan

Salam semua.... Have nice day for this Friday... Errmmmm... Tajuk entry aku yang nie just satu perkataan je... Tapi perkataan ini memberi maksub dan makna yang lebih besar pada aku. Baik...... Bagi aku keputusan ini bermaksub sesuatu persetujuan atau sesuatu yang di putuskan dalam sesuatu hal. Tak kira dalam mesyuarat atau pom dalam perbincangan. Dan keputusan ini perlu di buat oleh seseorang yang berkuasa antara kelompok itu... Bagaimana pula kalau dua orang yang membuat keputusan. Mestilah x jadi keputusan kan... Hehehehee... Yang sorang tu nak macam nie... Yang sorang lagi nak macam nie plak... Itu bukan keputusan nama nyer... Itu percanggahan kot... Btol tak..??? Okey.... Persoalan aku di sini.. Siapakah yang berhak membuat keputusan terhadap diri kita..?? Adakah mak ayah kita..??? Adakah diri kita sendiri...??? Atau adakah orang yang kita sayangi..??? Mistery kan..?? Mesti ko rang semua akan kata tentu lah diri sendiri kan..?? So aku nak bagi satu contoh situasi ni... (ni contoh je nie... tiada sakut paut ngan sape2 cuma uat andaian jew) Mamat bukan nama sebenar... Ingin belajar bidang kejuruteraan... So mak ayah dia inginkan mamat belajar bidang kedoktoran... Manakala aweks dia plak suh ikut sama bidang ngan dia... So banyak tak arahan yang keluar tu... Banyak kan..??? Pening la si mamat tu... Hehehee... Okey bagi aku sape yang patot uat keputusan terhadap mamat tu... Tentulah mamat kan sebab dia berkuasa penuh terhadap diri dia... Akan tetapi, harus di ingat hasrat mamat tu tidak seharusnyer tepat... Mungkin ada yang lebih tepat..... So dalam situasi begini si mamat tu perlu adakan satu perbincangan dan pandangan dari sudut yang berbeza... Senang di katakan bermesyuarat la... Sebab tu Islam manganjurkan kita adakan mesyuarat sebelum kita putuskan sesuatu... Hehehehee.... Okey di sini aku cuma nak bagi pandangan je , keputusan yang kita buat tok buat sesuatu perkara wajar di minta pandangan dari orang dulu.. Baru lah keputusan kita tu tepat serta tidak merugikan diri kita mahu pom orang lain.... Dalam hidup kita nie sebagai hamba Allah s.w.t sering kali di beri pilihan dan pilihan itu perlu kepada keputusan kita. So jgn lah kita tersalah dengan keputusan kita. Minta lah pandangan orang lain juga iaitu dengan bermesyuarat. Insyaalah keputusan yang kita buat betul dan bermanfaat tok diri kita serta orang sekeliling kita.............


p/s : Kita sebagai manusia di beri hak yang teristimawa iaitu hak memilih. Dalam proses pemilihan itu perlu kepada satu keputusan yang terbaik. Berhati-hati lah dalam membuat keputusan..... :)

Wednesday, October 5, 2011

WW # 1

Team works

Semangat kerja berpasukan nie adalah penting bagi menjaya sesuatu objektif atau pom misi. Mustahil sesorang itu boleh berjaya tanpa berpasukan. Kita ini di ibaratkan sebatan lidi je. Bila semua atau banyak lidi itu di gabungkan maka ia menjadi kuat dan banyak kegunaan nyer. Itu menunjukan bahawa semangat dan kerja berkumpulan adalah penting bagi kita semua. Kejayaan yang di hasil kan juga bermutu tinggi. Persoalan nyer begini. Apabila datang sesuatu masaalah..??? Semua orang akan menunding jari sesama sendiri. Ini menunjukan bahawa semangat kerja berkumpulan itu tidak menyerap lagi kepada masyarakat kita nie. Apa salah nyer jika masaalah itu di selesaikan tanpa menunding jari kepada seseorang serta menjadi pengajaran atau permasaalahan yang tidak ada berulang lagi. Jadikan ia satu peringatan kepada kita untuk masa hadapan. Bila masaalah datang kalau kita asyik menunding jari kepada orang lain, ini bukan menyelesai kan masaalah akan tetapi merumitkan lagi keadaan serta menghilangkan semangat kerja berkumpulan. Maka hasil dari kerja berkumpulan itu akan FAIL. Sepatut nyer kita perlu fokos pada objektif kita serta mencapai kejayaan yang lebih berkualiti.
p/s: team works attitude penting dalam mencapai pencapaian yang berkualiti serta mengikut planing yang di plan kan.... hehehee... :)

Saturday, October 1, 2011

Kerja Oh Kerja

Bercakap soal kerja nie kan. Aku da cerita sikit serta pandangan yang tersendiri. Sebelum aku huraikan lebih panjang lagi. Aku nak intro sikit sal aku nie. Aku nie budak civil engg.(buat bangunan) tu la kerja aku. Education aku sakat diploma je. Insyaalah kalu ada rezeki leh sambung ke tahap yang lebih tinggi lagi. Sekarang nie aku kerja di tapak pembinaan. Ramai jugak la budak praktikal kat tempat aku nie. Banyak yang mereka tya yang pelik2. Tapi aku uat slamber rock je jawad... Hahahaa... Soalan yang aku tertarik skali... Korang nak tahu pe soalan tu. Ni la aku nak cerita skit nie.. Mengapa gaji budak yang baru sangat2 murah..??? (budak yang baru start kija la nie..) Sedangkan ada education, leh uat kerja lagi. Kalau nak bandingkan ngan casher kat supermarket tu. Jauh la mahal casher tu.. Aku pom pelik gak...??? Kalau macam gi tu x yah la balajar tinggi2. Uat banyak hutang ada la.. Habis kan harta mak bapa lagi ada. Tol tak...??? ermmm.... salah pandangan yang cam tu..??? negetif sangat tu. Yang ada education nie.. Gaji dia cepat naik taw.. Bila dah ada pengelaman cepat sgt naik gaji tapi kena ikut bidang yang kita blajar la. Bersabar je dan gigihkan usaha time kerja tu. X mustahil gaji anda akan naik dua kali ganda dari sebelum nie. Tapi kena la percaya ea. Rezeki Allah s.w.t yang bagi. Kita hanya berusaha je. Dont worry selagi kita hidup selagi tu rezeki kita ada. Cuma kena usaha jew. Kalau nak banyak usaha pom kena la banyak. Adik2 yang tengah belajar tu jangan hirau kan pasal kerja lagi. Belajar sampai habis dulu dapat pointer tinggi. Nanti kerja datang cari kita.
p/s: semalam merupakan sejarah. Sejarah itu melakar kan hari ini. Dan hari ini akan melakar untuk hari esok. Kiranya mahukan hari esok lebih baik dari hari ini. Maka hargai lah saat dan ketika ini. Jangan lah kita terlalai walau sedikit pom...... :)

nie adik2 aku. teringat aku masa kanak2 dulu. Best giler. X kena pikir ape2.