Saturday, October 8, 2011

Membentuk keperibadian yang mulia


Salam semua... Alhamdulillah.. Harap sihat semua nyer. Nie aku nak bagi pandangan serta nasihat atau motivasi skit serta berpesan terhadap diri sendiri. Nie aku tulis berdasarkan pengalaman aku serta pandangan aku sendiri. Seperti yang kita sedia maklum manusia nie memang makhluk yang sangat lemah dan sering kali melakukan kesilapan. Adakala kita melakukan benda yang kita fikir kan betul tapi masih ada salah lagi. Itu menunjukan kita nie sgt2 lemah dan kita di beri satu sifat yang sgt bahaya bagi aku. Iaitu keegoan. Sifat nie bahaya menyebabkan rosak nye dalam membentuk keperibadian yang mulia. Aku tidak mahu menghuraikan sifat keegoan ini. Aku hanya nak bagi pandangan dalam membentuk keperibadian yang mulia. Keperibadian ini bermaksub sifat-sifat yang ada pada diri kita dan ia mencerminkan kita kepada orang yang melihat nyer. Sememangnya semua orang mahu kepada keperibadian yang mulia serta semua orang akan suka dan hormat kepada seseorang yang berkeperibadiaan mulia ini.
Akan tetapi mengapa hanya sedikit sangat insan yang berperikebadian mulia ini..??? Ini lah jawapan nyer..
1)Kita semua sudah tahukan bahawa Syaitan itu adalah musuh yang nyata kepada kita yang beragama islam. Dan dia telah berjanji bahawa ia akan terus menghasut manusia dan mengheret manusia ke neraka walau ape cara sekali pun sehingga sampai kiamat.

2)Kita juga telah di bekalkan satu lagi makhluk yang sebati dengan kita iaitu nafsu. Nafsu ini mempunyai sifat kearah kejahatan dan kelazatan terhadap dunia semata-mata. Nafsu ini sangat berbahaya bila tidak di kawal dan sememangnyer susah untuk mengawal. Nafsu ini boleh di reda kan dengan berpuasa serta amalkan sikap bersabar. Harus di ingtkan bahawa nafsu ini adalah alat untuk syaitan gunakan untuk menghasut kita. Pernah aku terbaca satu pepatah yang berbunyi nafsu itu umpama kuda liar. Kalau kita pandai jinakkan maka ia berguna kepada diri kita.
3)Sudah tentu kita manusia ini akan di uji oleh Allah s.w.t. untuk mengetahui tahap kecintaan kita terhadap Nya. Ada satu cerita di sini. Ada seorang pembesar yang baik hati ingin melawat sebuah kampung. Lalu pembesar itu pergi dengan seorang pengawal nyer. Setibanya di kampung tersebut semua orang datang menjemput nye dan mengerumuni dia untuk bersalaman. Akan tetapi pembesar itu tunduk dan mengutip beberapa anak batu. Lalu di lontar kan kepada orang yang datang menjemputnya. Semua orang lari lintang pukang. Pengawal itu bertanya kepada pembesar itu. ``mengapakah tuan bertindak begitu.. Adakah tuan benci terhadap pengikut tuan ini..'' Pembesar itu menjawab... ``inilah ujian aku terhadap mereka kiranya ia betul2 pengikut yang setia dia akan bersabar denga ape jua ujian ku.'' Okey.... Dari cerita itu tadi dapat kita simpulkan bahawa ujian itu menjadi kayu ukur untuk mengukur kesetian serta cinta kita.
Aku rase hanya tiga ini sahaja yang dapat aku jawab dari persoalan atas tu....
Korang agak2 senang ke nak bentuk peribadi yang mulia nie...??? jawab skit.. hehehee... Setelah aku huraikan 3 bentuk halangan untuk membentuk peribadi mulia di atas tu.... Pada pandangan aku (nie pandangan aku jew di harap sila rujuk pada guru2, ustaz2 atau orang yang mempunyai ilmu agama ea) , membentuk peribadi yang mulia ini senang sahaja. Mestilah kita sudah tahu kan mana yang buruk dan mana yang baik. So senang la kan... Selain itu juga hati sebagai raja diri kita perlu di jaga selalu ia tetap bersih dan suci dan juga pemikiran kita supaya tidak di pengaruhi benda2 yang negetif.... Membentuk peribadi yang mulia senang kan... Akan tetapi yang susah nyer ialah menjaga keperibadian yang mulia itu sentiasa dalam keadaan yang baik... Sangat2 susah untuk menjaga peribadi yang mulia agar tidak tercemar. Betul tak... Sampai bila kita harus menjaga peribadi yang mulia nie..??? Tentulah sampai mati.. Sampai kita menarik nafas yang terakhir dengan menyebut kalimah Tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammmad s.a.w itu pesuruh Nya. Insyaalah begitu lah hendak nyer.
     So bila anda membentuk peribadi yang mulia bertekad lah untuk menjaga peribadi itu. Sekiranya peribadi itu terosak maka jangan berputus asa membentuk peribadi yang mulia lagi. Kita hanya manusia yang lemah dan perlu berusaha serta meminta pertolongan dari Yang Kuasa.... Setelah itu jaga lah peribadi sebaik mungkin supaya tidak tercemar lagi.... Dengan erti kata lain BERTAUBATLAH DAN JAGA LAH TAUBAT ITU...............
p/s : mana yang buruk itu kelemahan sy... please forgive... Mana yang baik itu datang dari Allah s.wt.

2 comments:

Memory said...

semakin hari peribadi perlulah semakin baik... jangan berubah dari baik kepada tidak baik... bertahan untuk terus menjadi yang terbaik...

ME CTCT said...

memang sush untuk membentuk peribadi yang mulia...jin sudah bersumpah untuk merosakkan hamba Allah...untuk menempisnya,truskan amal ibadah pada tuhan, smOga tuhan dapat menolong kita menjauhi bende2 buruk :)

Post a Comment