Thursday, September 29, 2011

Apa itu blog

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."
Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007.

p/s: itulah serba sikit pasal blog. heheheeee....
 sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Blog

Wednesday, September 28, 2011

Kekadang hati ku bertanya

Kekadang hati ku bertanya,
Adakah ia sudah berpunya,
Ingin aku mendekatinya,
Namun hati bimbang,
Bimbang menggangunya lagi,
Aku tidak mahu kehilangan nya,
Aku mahu menjaga nya,
Aku mahu menghiburkan nya,
Senyuman nya membuat hati ku tenang,
Bagai ada sesuatu antara aku dan dia,
Tetapi aku pernah bersalah terhadapnya,
Biar lah ia menjadi satu tanda di hati ku,
Dan hati ini sering bertanya,
Bagaimana keadaan dia,
Muga gembira selalu hendak nya......
La... Laaaaaa....laaaa..laaaaaa....

Perghhhhh..... cam ner best tak aku nyanyi... saje nak try lirik sendiri... hahahaa.... Tempo x kena kot... kakakaaahhhhh...... Lagu nie di tuju kan khas buat seseorang...

Monday, September 26, 2011

Nilai persahabatan

Assalamualaikum.... Salam semua.. Harap sihat semua terrr.. Hari nie aku nak coretkan sal persahabatan sikit. Nilai2 persahabatan. Memang kita manusia nie x leh lari dari bersahabat. Aku pom hairan gak kan. Walhal kita di lahirkan secara seorang je dan mati pom seorang jew... Lagi2 duk dalam kubur. Seorang je terr... Tu lah Kuasa Yang Maha Esa. Nilai persahabatan ini bergantung kepada kita menilainyer. Sejauh mana kita menghargai persahabatan itu. Contoh nyer makin tinggi kita menghargai sahabat itu makin tinggi nilai persahabatan itu. Persoalan aku di sini adakah sahabat itu penting bagi kita. Bagi aku persahabat itu penting sesangat dan adakala nyer tidak penting mengikut sahabat yang kita pilih untuk bersahabat. Perghhhh... Belit nyer ayat aku... Macam sialll terrrr... hahahaa... Indahnyer sahabat itu bila ia boleh membawa kita kepada kebaikan. Yang sudi menegur kita ke arah kebaikan. Yang berani meluahkan pendapat dan pandang terhadap kita. Walaupon teguran itu mengoris hati kita. Sebalik nyer kita harus menilai pendapat sahabat kita dengan sewajarnyer. Baru lah hidup kita akan sentiasa aman. Kita sebagai manusia harus nasihat menasihati, tegur-menegur ke arah kebaikan. Kadang-kadang dengan ikatan persahabatan yang kuat kita boleh membina satu bentuk komuniti yang sihat dan bagus.

P/S: hargailah sahabat kita bila ia menegur ke arah kebaikan. Walaupun teguran itu menggoris hati kita.

 kredit to : http://azier-azier.blogspot.com/2011/05/puisi-persahabatan.html

Saturday, September 24, 2011

Menuntut ilmu agama adalah fardhu

Malam yang penuh dingin nie... (ceh wah ayat jiwang tu) hahahaa... Aku ada la tgk2 kat you tube pasal2 tazkirah nie. So aku nak sharing satu benda nie je. Iaitu belajar ilmu agama nie adalah fardhu. Ko rang mesti tahu kan maksub fardu tu. Fardhu tu maksub wajib la. So bila hukum wajib kalau kita tak buat berdosa derr... Aku ada terpikir skit la. Mengapa kita sekarang jauh lari daripada ajaran Rasul kita iaitu nabi Muhammad s.a.w. Alangkah baik kalau sistem pendidikan kita berteraskan agama. Iaitu mengenal agama kita sedalam-dalam nyer dahulu baru belajar ilmu dunia untuk hidup. Ilmu dunia hanya untuk kita hidup sementara sahaja berbanding dengan ilmu agama yang akan menyelamatkan kita di akhirat nanti. Bila kita betul2 mengenal ilmu agama aku yakin dan pasti kehidupan seharian kita lebih tenang. Ini juga akan memberi kesan positif terhadap perkembangan negara kita. Yang terlepas nak uat macam mana kan. So yang akan datang nie aku berharap ada orang mengubah sistem pendidikan kita supaya memandang kearah agama islam yang sejati. Insyaalah pemikiran kita akan berubah kearah yang lebih positif lagi.

Wang bukan segala-gala nyer

Salam semua... Semoga sihat sejahtera. Korang seme mesti pernah dengar ayat nie kan. WANG BUKAN SEGALA-GALA TETAPI SEGALA-GALA NYER MEMERLUKAN WANG. Perghhhh.... Hebat giler kata2 tu kan. Buat aku termenung dengan seribu bahasa je. Susah untuk taksirkan dengan keadaan atau suasana hidup sekarang nie. Bak kata kawan2 aku la... Nak kencing sekarang pom kena bayar. Tol tak..??? Akan tetapi aku menyankal sekeras-kerasnyer bahawa segala-galanyer memerlukan wang. Jangan kita jadi hamba wang. Sebaliknyer kita perlu menjadi hamba Allah s.w.t. Ubah lah pikiran kita supaya kita tidak lari dengan ajaran Rasulullah s.a.w. Dengan suasana hidup sekarang nie susah untuk kita hidup tanpa wang. Betul tak...?? akan tetapi islam telah mengajar kita untuk hidup bersederhana. Biarlah di dunia ini kita di keji oleh orang jangan pula di akhirat kita di keji oleh Allah s.w.t. Amat lah rugi dan hina nyer diri kita nie. Sedangkan hidup di akhirat itu kekal selama-lama nyer. Di sini aku berpesan pada diri sendiri serta pada rakan2 ingat lah bahawa kita mati hanya satu kali dan hidup dua kali iaitu di dunia dan di akhirat. Kejar lah yang akhirat insyaallah yang dunia kita akan dapat juga. Akhirat adalah yang kekal. Semoga hidup kita di beri petunjuk dari Yang Maha Esa.

Friday, September 23, 2011

Kata-kata yang terindah

TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK BALQIS,
JIKA DIRI X INDAH SULAIMAN,
MENGAPA MENGHARAPKAN TEMAN SETAMPAN YUSSOF,
JIKA KASIH X SETULUS ZULAIKA,
X PERLU DIRI MENJADI SETEGUH IBRAHIM,
JIKA X SEKUAT SARAH,
MENGAPA DIDAMBA TEMAN HIDUP ISTIMEWA KHADIJA,
JIKA DIRI X SEMPURNA RASULULLAH S.A.W,
TAK GUNA ADA MATA KALAU X DAPAT MELIHAT,
TAK GUNA ADA HATI KALAU X TAHU MENILAI..........


Thursday, September 22, 2011

kekasih ku di rampas orang

Alhamdulillah... Kita masih bernafas lagi... Harap Sihat semuanyer. Tajuk yang kira giler nie derrr... Hahahaha.... korang seme mesti ada kekasihkan. Macam mana agaknyer bila kekasih korang dirampas orang.... Sedih.... tertekan..... Stresss giler.... X taw nak uat pe...??? Haahahaha... Rileks derrrr.... Nak uat macam mana may be silap kita tak.... Kita yang x pandai jage or kita yang jahat.... Perghhhh... Tapi... Tapi.... Macam ngan cinta lak... Hahahaha... dulu bukan main la nak idup se mati la konon tapi hampeh la jugak kan... ea la bila kita susah.... kita miskin.... x da pe2... sape la nak kan.... mesti la nak yang bagus... kalu ko... ko nak yang macam mana...??? Mesti la yang terbaikkkkkk kan... kan.... Dah x da rezeki n jodoh nak uat cam ner.... trima je la seadanyer... (ceh wahhhh ayat sedih tu tokkkk....)

Wednesday, September 21, 2011

Air dicincang x kan putus

Salam sejahtera seme.... Alhamdulillah harap sihat semua... :) So topic yang aku pada entry nie hal kekeluargaan dan cara hidup sikit ea... Aku cuma bagi pandangan serta pendapat je... Peribahasa air dicincang x kan putus sudah lama kita dengar ea. Dan mungkin kita tahu benar dah maksub nyer. Pergi lah jauh mana pom perhubungan akan kekal. Macam contoh nyer kalu ko tu adik si mamat... Ko tetap adik si mamat sampai mati walaupon ko bermusuh bagai perang dunia kedua pom. Jelas tak contoh aku. Hehehee... Kira hebat jugak lah aku nie ea... Bak kata lain walaupon jahat melampau dia tetap keluarga aku, dia tetap sahabat aku, dia tetap kekasih aku, dia tetap suami aku, dia tetap isteri aku atau macam lagi perhubungan la...
         Untuk entry nie bukan tu objektif aku. Objektif aku macam nie ea Adakah layak kita menghukum seseorang..??? Nape lain je dari tajuk tu... Hahahaa... Berbalik pada tadi mengapa kita seringkali menghukum orang sedangkan kita tidak menolong atau membantu mereka untuk kembali ke jalan yang benar. Biar lah Tuhan yang menghukum mereka dengan kesalahan yang mereka buat. Sebaliknyer jgan kita menambahkan lagi penderitaaan kepada mereka. Alangkah baiknyer kalau mereka bertaubat dengan hasil usaha kita bersama. Begitu indah sifat2 kekeluargaan ini. Ini kerana kejayaan itu bermula dari keluarga ataupon perhubungan yang sihat. Apa yang jahat atau kurang enak itu kita jauhi bersama. Apa yang baik kita lakukan bersama. Ingat lah bahawa kita bukan nyer sgt2 sempurna. Adakala lakukan jugak salah dan silap nyer. Jangan lah terus menghukum tanpa mengira kita sebenarnya manusia yang perlu ingat-mengingati sesama kita. Buang lah ke egoan kita kerana kelak kita akan kerugian juga....

Monday, September 19, 2011

Jum try makanan Ala2 korea

Salam semua.... Nie nak cerita sikit... Minggu lepas aku ada pg makan kat satu restoran ala makanan korea... Kat jalan bayam, Kota bharu kelantan... Best la jugak makanan dia... Nama restoran tu foodvillage kalu x silap aku la.... Produk dia makanan ala2 korea g2 (steamboat)... Hehehehe... Best gak la... So aku ada upload gambar nie korang tgk sendiri la ea... X leh upload byk2 nanti korang serbu plak restoran tu.... hahahahaaa..... :D

 Tgk makanan nie best jugak....   
sempat la jugak posing.... hehehee... Yummy3x....
Prghhhh.... macam duk korea la plok.....hehehee...

Saturday, September 17, 2011

Adakah CINTA itu satu anugerah

Salam semua... Perghhhh.... Nape malam nie aku terpikir ayat nie... Hehehhee... Adakah cinta itu satu anugerah. Cakap bab cinta nie aku tak la berapa arif sgt... Cuma nak terangkan pendapat dan pandangan aku je... kalu korang rasa tak boleh pakai jgn pakai ea... Sila rujuk orang yang lebih arif la.... Tol takk... Nie just pandangan aku je... Ok balik pada tajuk aku td.... Aku ada godek2 la internet sikit sal makna cinta nie... so kita tengok pe dia kata...
Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Cinta).
So bagi aku.. CINTA itu adalah satu anugerah dari Yang Maha Esa. Apabila ia menjadi satu anugerah maka secara otomatik nyer ia menjadi ujian kepada kita. Jangan kerana CINTA hidup kita semua akan musnah...
HATI SERING MENJADI LAMBANG CINTA.


p/s:
  1. cinta pada Allah s.w.t.
  2. cinta pada Rasulullah s.a.w
  3. cinta pada agama islam
  4. cinta pada orang2 mukmim
  5. cinta pada keluarga.

Thursday, September 15, 2011

Apabila kerja aku dah siap

Salam sejahtera seme.... Hehehehee... Bila kerja dah setal... Hati mesti senang kan... Hilang la skit tekanan tu... Muke pom nampak berseri... Ea la bila dah senyum rapat kat telinga.... So lepas nie leh la aku online balik... Walking2 kat dunia internet nie... Lama dah rase x menjelajah dunia internet nie... Hati dah senang dah.... hahahaaa.... Nie la wajah aku bila hati aku senang... Ape macam hensem tak.... (puji diri sendiri la kalu tak sape lagi nak puji aku nie)....




Monday, September 12, 2011

Sibuknyer aku

Perghhhh.... Salam semua... arap dalam keadaan sihat sejahtera di samping orang2 yang tersayang... Hehehee... Sejak bila aku nie sibukkk... Hahahaa... Dalam bulan nie aku memang sibuk derr.. Banyak keja nak kena siap... Maklum la bangunan dah nak take over to client kan... So banyak la doc2 yang nak kena sental. Biasa la dah nama kerja... So kerja... kerjo... keje la ea.... hahahaaaa.... Nie la bangunan yang jage... hehehee... Dah nak hand over dah.... Insyaalah la senang nak hand over.....  Jangan jadi game over sudah la... Kahahahaaa....

Tuesday, September 6, 2011

Mencari rezeki.

Dewasa ini, kos sara diri meningkat dengan mendadak. Sehinggakan setiap orang tidak cukup dengan satu je sumber pendapatan. Mengapa ini boleh berlaku..?? Mengapa semua manusia mengukur martabat mereka dengan nilai kebendaan atau pon harta....?? Adakah ini di sebabkan pengaruh barat atau pom pengaruh dari agama lain..?? Perghhhhh.... Pening2 bila terfikir dengan masaalah di atas. Ini lah ujian dari Allah s.w.t ke atas manusia. Di ciptakan dunia semata2 untuk menguji hamba nyer. Dunia di penuhi dengan khayalan atau keseronokan sahaja. Tidak kah kita terpikir bahawa dunia ini hanya sementara. Sekejap sahaja dan sudah tentu kita yang hidup nie pasti menemui mati. Dalam islam manusia tidak di ukur dengan harta nyer sebalik nyer ia di ukur dengan amal ibadat nyer kepada Allah s.w.t. Tingginyer takwa mereka kepada Allah maka tinggilah lah martabat nyer di sisi Allah s.w.t.
       So masaalah yang aku nak ketengahkan disini ialah dalam kita mencari rezeki. Aku tengok sekarang nie kalu gaji antara 1 ribu ke 2 ribu masih belum cukup untuk menyara diri sendiri. Barang2 semua mahal. Nak pakai keta lagi. Nak sewa rumah lagi. Nak makam lagi. Nak enjoy lagi. Macam2 lah. Mana cukup kan...?? Nie yang hidup bujang la. Yang hidup bujang nie x la kisah sgt kan. Main lantak jew. Kalu lapar kita sorang je yang lapar kan... hahahaaa... Entah lah aku pom tak tahu nape leh jadi cam nie... Time bapa2 aku dulu ase x la macam gini. Kalu dah ada rm1000.00 tu dah cukup berduit. Apa yang nak seme boleh. Siap leh tanggung family ag tu...
        Yang aku takut sekarang nie yang dah berkeluarga. Perghhhhh... Laki bini kena kerja tu.... Susah la kan. Bila dah dapat anak sape nak jaga. Anak tu rezeki jugak serta anugerah kepada kita. Tak2 mak kita la jd mangsa. Kena jaga ngan cucu. X kesian ke... Dulu jaga kita nie jaga anak kita lak....??? X abih2 duk tambah penderitaan dia. Hehehehe... kesian2... X pom bagi anak kat penjaga. Penjaga plak lebih kurang je agama. Pah tu makin nipis la akidah budak tu... Tu yang banyak kes2 sosial kot. Kemungkinan la kot....
        Yang sebenarnyer aku dalam dilema nie.... Aku tengah merancang tok berkeluarga tapi terpikir gak aku nie kerja pom tak tetap lagi. Tgk member2 yang dah kawin happy je... Main2 ngan anak mereka.. best siot... Tapi ape leh buatkan.... Mungkin masa tu x sampai lagi untuk aku. Sabar je la... Rasa takut pum ada... Ea la takut tak tertanggung bini dan anak2 nie... Dunia akan datang pasti hebat lagi kan. Takut2 pom kena tempuh jugak. Itulah penting memilih pasangan yang dapat memahami situasi kita sebagai hamba Allah s.w.t.

p/s: selagi kita hidup pasti ada rezeki untuk kita. Rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ketahuilah apa sebenarnyer tujuan kita hidup. Bila harta kita nanti tiada nilai barulah kita sedari betapa bodohnyer diri kita ini.

Sunday, September 4, 2011

2nd GiveAway by LyssaSecret

Assalamualaikum.... Salam sejahtera semua... Harap sihat2 blako... hehehe... Aku rase dalam seminggu dua nie.. malas la nak update blog aku.. X da idea la... nak ketengahkan isu ape entah... Dalam diri asyik pikir benda lain je. hehehe... panjang ke aku melarut tu.. Nie nak cerita pasal GA nie... GA nie dr lyssasecret. So aku di tag oleh rakan blogger aku iaitu hanis90. So sape2 nak join leh klik banner or nak tahu syarat2 leh jugak klik banner atas tu.. Nie aku nak tag rakan blogger aku yang lain... supaya meriah sikit GA si budak kiut miut nie... hehehee... BTW happy birthday to cik lissasecret... Semoga cepat2 kawin... heheheee... sesiape yang kena tag nie mintak maaf la ea.... aku tag secara radom je... hehehe... Garang tp Cute , ♥zatty♥ & Vna Sandhu

Thursday, September 1, 2011

x Sangka betul.

Salam semua.... cam mana ngan hari raye korang... Alhamdullillah... arap seme gembira la ia.... Maklum la... Hari raye kena la happy kan... Aku nak cerita sikit nie... Aku happy giller sebab aku di beri duit raye... Hehehehe... korang nak tahu sape yang bagi.... Aku antara orang yang bertuah dari sagment jom ziarah blogger. Hehehehe... TQ for cik may kerana tag aku... suka2 nyer aku... thanks nizam...


.......arigatok.....