Thursday, December 9, 2010

Bertakwa memudahkan urusan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Muga hidup kita penuh dengan keberkatan Allah S.W.T.

     Kita yang hidup di dunia pasti akan mati dan kembali pada Yang Maha Esa. Itu sudah lumrah hidup lawan nye mati. Semasa kita hidup sudah pasti kita mahukan yang terbaik serta banyak kebaikan yang dilakukan supaya mendapat ganjaran (pahala) untuk bekalan kita menghadapi alam yang seterusnya. Dengan hati yang tulus mengerjakan kebaikan serta meninggalkan keburukkan hanya kerana mendapat keredhaan Allah S.W.T adalah satu jalan hidup yang terbaik. Istilah tersebut boleh di difinasikan bertakwa kepada Allah S.W.T.

     Apakah yang dimaksubkan dengan bertakwa..???? Maksud takwa ialah mentaati perintah Allah S.W.T serta meninggalkan larangan Nya. Tidakah perkara tersebut amatlah mudah bagi kita semua..??? Seperti mendirikan solat.... Sekiranya kita mendalami secara dasarnya mendirikan solat amat lah senang serta tidak mengambik masa yang lama untuk mengerjakan solat tersebut. Akan tetapi masih ramai lagi umat islam tidak mengerjakan solat. Bermacam-macam alasan yang di berikan. sabagai contoh, saya x sempat nak solat la... Saya malu nak solat la.... Saya masih muda lagi la.... Alasan itu adalah semata-mata untuk mengelakkan sahaja. Renungkan lah wahai saudara, kita hidup ini kita tidak tahu tarikh penamat kita. Mungkin hari ini, atau pun mungkin esok... Berbuat baiklah dan bertaubat lah selagi ada masa yang diberikan. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Penerima Taubat.

      Sering kita maklum, bahawa kita manusia di bekalkan dengan hawa nafsu yang amat dashat sehinggakan ia boleh mengawal pemikiran kita. Bila nafsu mengusai diri sudah tentu hidup kita jauh terpesong dan banyak perkara-perkara keburukkan yang akan berlaku. Maka di situ akan hilang ketakwaan kita terhadap Maha Pencipta. Nafsu yang hanya mementingkan duniawi semata-mata. Saya mengetahui bahawa pergaulan bebas serta bersuka ria adalah seronok serta dapat menghilangkan rasa sedih atau tidak puas hati kita. Akan tetapi, adakah rasa gembira itu akan berpanjangan. Sudah tentu tidak bukan. Di sebaliknya hanya rasa kegelisan serta keceleruan yang di alami selepas itu. Rasa kegelisahan akan menghantui sepanjang hayat. Menghantui kita ketika kita di zaman tua untuk menghabiskan masa di dunia ini.Sangat lah dashat bila perasaan kegelisah menghantui diri kita ini. Saya berharap kita semua dijauhkan lah perasaan tersebut.

     Oleh itu, mari lah kita sama2 bertakwa kepada Allah S.W.T kerana ada sesuatu yang di janjikan oleh Nya. Dijadikan hari Kiamat serta dijadikan Neraka dan Syurga. Sudah pasti kita mengetahui ada hari pembalasan serta akan di hitung walaupun sebesar zarah. Selain itu juga, Kira nya kita bertakwa di dunia ini kita sudah mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran Surah Al-Talaq: ayat 24.

        Sesiapa yang bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T memudahkan baginya segala urusan. (Surah Al-Talaq ayat 4)

Sudah jelas bagi kita bahawa segala urusan akan dimudahkan dengan izin Yang Maha Kuasa. Dengan ketakwaan kita terhadap Nya maka dipermudahkan lagi urusan. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan di bukan pintu hati oleh yang Maha Esa.
     
             JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.

0 comments:

Post a Comment