Tuesday, December 28, 2010

MALAM YANG INDAH

Sungguh indah malam ini... Bercahayakan bulan yang bersinar menerangi cahaya kegelapan.. Di lengkapi dengan taburan bintang yang berkilau.. Bunyi-bunyi unggas yang berlagu bagaikan menghidupkan suasana kampung yang aman ini. Begitu besar kuasa Yang Maha Pencipta yang menciptakan alam yang serba kelengkapan ini. Dengan angin yang bertiup mengikut irama yang di tentukan oleh Nya. Sememangnya sudah lama aku tidak merasakan suasana yang sebegini. Terlalu sukar untuk didapati di mana-mana.

          Tanpa ku sedari air mata ku membasahi pipi ku yang sejuk ini. Terkenang peristiwa-peristiwa aku bersama si dia. Terlalu banyak peristiwa yang manis telah terlakar dalam sejarah ku bersama si dia. Perasaan rindu mula melumbai diri ku. Kegelisahan menjadi terhadap diri ku ini. mengapa aku dan dia di pertemukan..??? Mengapa perasaan kasih dan sayang wujud di antara aku dan dia..?? Adakah itu boleh di katakan sebagai jodoh..?? Semua yang berlaku semestinya dikira sebagai takdir. aku hanya manusia yang lemah dan tidak boleh melawan takdir yang di tentukan  oleh Allah S.W.T. Dia Maha Mengetahui dari apa yang tidak ku ketahui. Sungguh Dia Maha Bijaksana. Dan aku percaya akan kebesaran Maha Esa. Oleh itu tentu ada sesuatu hikmah di sebalik yang terjadi. Sekiranya aku bertakwa dan berserah diri tehadap Yang Maha Esa.

           Persoalan kini, adakah aku bisa meneruskan hidup ku tanpa si dia. Mungkin akan kurasa tidak lengkap hidupku ini. Bagaimana harus ku lalui tanpa dia di sisi ku ini. Sepi kurasa hidupku ini bagai malam yang tiada sinaran bulan. Malam tiada serinya.Namun kiranya itu takdir ku. Akan ku tempuhi dengan penuh kesabaran. Sesungguh nya Allah S.W.T Maha Mengetahui daripada aku. Maha Bijaksana. Aku percaya suatu hari nanti yang baik akan di balas baik.

          Selagi ada peluang aku akan berusaha untuk mendapat yang aku impikan. Dan kepada Mu jua Ya Allah, aku berserah.

Saturday, December 11, 2010

CINTA

Cinta adalah satu perasaan yang di anugerah oleh Allah kepada kita yang bernama manusia. Kita seharusnya menghargai perasaan itu dan jangan lah pula perasaan itu di cemari oleh perkara-perkara yang tidak di sukai oleh Allah S.W.T. Bergembiralah kita dengan cinta asalkan mengikut apa yang ditetapkan oleh agama kita iaitu islam. Bercinta menurut yang di ajarkan oleh islam manis berbanding bercinta tanpa ada batas atau guide line yang tertentu.

      Cinta memberikan sesuatu pengalaman yang menarik jika ia terjalin dengan betul dan hati yang suci serta jiwa yang rukuk kepada Allah S.W.T. Dan dengan perasaan cinta tersebut kita dapat membina keluarga bahagia serta tidak lupa tanggug jawab kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini. Sesungguh nya Allah Maha Mengetahui dari kita semua.





SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI HIDUP KITA SEMUA DAN MEMBERI PETUNJUK KEPADA KITA. DAN KEPADA NYA LAH KITA AKAN DI KEMBALIKAN. GUNALAH PELUANG SEBAIK2 NYA. KERANA MASA YANG LEPAS BEGITU JAUH DENGAN KITA.

Thursday, December 9, 2010

Bertakwa memudahkan urusan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Muga hidup kita penuh dengan keberkatan Allah S.W.T.

     Kita yang hidup di dunia pasti akan mati dan kembali pada Yang Maha Esa. Itu sudah lumrah hidup lawan nye mati. Semasa kita hidup sudah pasti kita mahukan yang terbaik serta banyak kebaikan yang dilakukan supaya mendapat ganjaran (pahala) untuk bekalan kita menghadapi alam yang seterusnya. Dengan hati yang tulus mengerjakan kebaikan serta meninggalkan keburukkan hanya kerana mendapat keredhaan Allah S.W.T adalah satu jalan hidup yang terbaik. Istilah tersebut boleh di difinasikan bertakwa kepada Allah S.W.T.

     Apakah yang dimaksubkan dengan bertakwa..???? Maksud takwa ialah mentaati perintah Allah S.W.T serta meninggalkan larangan Nya. Tidakah perkara tersebut amatlah mudah bagi kita semua..??? Seperti mendirikan solat.... Sekiranya kita mendalami secara dasarnya mendirikan solat amat lah senang serta tidak mengambik masa yang lama untuk mengerjakan solat tersebut. Akan tetapi masih ramai lagi umat islam tidak mengerjakan solat. Bermacam-macam alasan yang di berikan. sabagai contoh, saya x sempat nak solat la... Saya malu nak solat la.... Saya masih muda lagi la.... Alasan itu adalah semata-mata untuk mengelakkan sahaja. Renungkan lah wahai saudara, kita hidup ini kita tidak tahu tarikh penamat kita. Mungkin hari ini, atau pun mungkin esok... Berbuat baiklah dan bertaubat lah selagi ada masa yang diberikan. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Penerima Taubat.

      Sering kita maklum, bahawa kita manusia di bekalkan dengan hawa nafsu yang amat dashat sehinggakan ia boleh mengawal pemikiran kita. Bila nafsu mengusai diri sudah tentu hidup kita jauh terpesong dan banyak perkara-perkara keburukkan yang akan berlaku. Maka di situ akan hilang ketakwaan kita terhadap Maha Pencipta. Nafsu yang hanya mementingkan duniawi semata-mata. Saya mengetahui bahawa pergaulan bebas serta bersuka ria adalah seronok serta dapat menghilangkan rasa sedih atau tidak puas hati kita. Akan tetapi, adakah rasa gembira itu akan berpanjangan. Sudah tentu tidak bukan. Di sebaliknya hanya rasa kegelisan serta keceleruan yang di alami selepas itu. Rasa kegelisahan akan menghantui sepanjang hayat. Menghantui kita ketika kita di zaman tua untuk menghabiskan masa di dunia ini.Sangat lah dashat bila perasaan kegelisah menghantui diri kita ini. Saya berharap kita semua dijauhkan lah perasaan tersebut.

     Oleh itu, mari lah kita sama2 bertakwa kepada Allah S.W.T kerana ada sesuatu yang di janjikan oleh Nya. Dijadikan hari Kiamat serta dijadikan Neraka dan Syurga. Sudah pasti kita mengetahui ada hari pembalasan serta akan di hitung walaupun sebesar zarah. Selain itu juga, Kira nya kita bertakwa di dunia ini kita sudah mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran Surah Al-Talaq: ayat 24.

        Sesiapa yang bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T memudahkan baginya segala urusan. (Surah Al-Talaq ayat 4)

Sudah jelas bagi kita bahawa segala urusan akan dimudahkan dengan izin Yang Maha Kuasa. Dengan ketakwaan kita terhadap Nya maka dipermudahkan lagi urusan. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan di bukan pintu hati oleh yang Maha Esa.
     
             JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.

Wednesday, December 8, 2010

Taat lah IbuBapa Anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Muga hidup kita penuh dengan keberkatan yang Maha Esa,

Seperti yang kita sedia maklum, jasa ibubapa kepada kita sebagai anak sangat lah besar. Ia membesarkan kita dengan penuh kasih sayang serta tidal jemu dengan perangai kita yang selalu menyakiti hatinya. Kadang kala kita tidak sedar dengan percakapan atau perbuatan kita telah menyakiti hati mereka.

Pada waktu yang nyaman ini saya terbaca satu hadis  yang di riwayatkan oleh al-hakim dan terdetik di hati saya untuk berkongsi bersama2 untuk dijadikan pedoman kepada kita semua.

     Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

Hadis tersebut menerangkan betapa besarnya keredha ibubapa terhadap anak mereka.Hadis tersebut menerangkan tanggungjawab anak kepada ibubapa mereka.

Hayatilah hadis tersebut dan fahamlah. Mudah-mudah memberi petunjuk kepada kita semua. Tanpa ibubapa tidak lahir lah kita kedunia ini dan tanpa mereka siapalah kita. Renung-renung kan lah wahai sahabat2 ku sekelian.

Monday, December 6, 2010

Islam baka.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari maal hijrah. Semoga tahun yang baru akan menjadi baik sebelum tahun yang sudah lepas. Mudah2an hidup kita d berkati oleh Allah S.W.T dan kepadaNya lah kita akan d kembalikan.


Syukur kehadrat Illahi kerana memberi rahmat serta kehidupan pada hari ini. Terima kasih juga kepada kawan2 yang memberi sokongan serta tunjuk ajar kepada diri ini. Pada pagi ini sedang aku dan kawan2 aku minum d kedai kopi maka terkeluar lah satu topik perbincangan yang sangat aku kagum. Iaitu topik tentang bangsa, agama dan negara. Masing2 mengeluarkan pendapat dan aku terfikir bahawa topik ini aku perlu kongsikan bersama.

Sudah sedia kita maklum kita (melayu) lahir dalam agama islam. Tapi yang menjadi persoalannya adakah kita betul2 islam atau hanya sekadar nama islam je..??? Atau pun oleh kerana kita (melayu) , baka kita islam...??? Banyak isu-isu yang timbul dari persoalan itu. Siapa yang patut kita salahkan..??? Adakan kaum bapa2 kita..?? Yang lupa mengingatkan kita. Atau kerana negara kita ...??? Atau pun kita sendiri..???

Para pembaca yang di hormati sekian,
Pada pendapat saya manusia yang di lahirkan mempunyai fitrah2 tertentu. Dan fitrah tersebut penuh dengan fitrah kebaikan serta fitrah ketuhannan. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Ini kerana manusia sudah dibakalkan dengan fitrah hidup tersebut. Oleh itu kita seharusnya mengembangkan fitrah tersebut dengan baik serta mengikut landasan yang betul.

Dewasa ini banyak yang kita perhatikan bahawa kes2 jenayah di negara kita sering kali berlaku. Yang paling menyedihkan adalah dari golongan kita sendiri iaitu melayu islam. Islam tidak mengajar kita seperti itu, melakukan maksiat, mencuri, memusuhi sesama agama islam serta banyak lagi. Terdetik di fikiran, kemanakah islam kita..?? Sepatutnya kita kena menjaga agama tersebut. Islam itu indah serta membahagiakan sesiapa yang mengikuti dengan landasan yang betul. Dimanakah cinta kita pada Allah.???? Dimanakah cinta kita pada rasul2 Allah..???

Para pembaca yang di hormati sekian,
Sesungguh nya Allah S.W.T itu Maha Pengampun dan Maha Peneria Taubat. Oleh itu masih ada masa untuk kita sama2 kembali ke pangkaljalan. Kembali menghayati ajaran agama islam. Sama2 kita berjuang untuk meningkatkan iman kita terhadap Yang Maha Berkuasa. Mudah-mudahan kita tidak tergelincir jauh dari ajaran agama islam. Tidakkah saudara/i merasa bimbang akan generasi yang akan datang. Saya takut kita semua akan terlupa pada ajaran agama islam. Dan anak2 kita hanya menjadikan islam itu pada nama sahaja. Akan tetapi cara hidup bertentangan dengan ajaran agama islam.


Maka dengan itu, 
jagalah agama islam,
hayati lah ajaran nya,
cintai lah Allah S.W.T,
idolakan lah Nabi Muhammad S.A.W,
ajarlah anak2 dengan ajaran islam,
bimbinglah sahabat2 yang ingin mengikuti islam,
jangan lah kamu islam hanya pada nama,
kelak kamu akan menyesal,
semoga hidup kita d berkhati oleh Allah S.W.T,
apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T,
dan apa yang buruk datang dari diri yang kekurangan ini,
sekiranya tersila atau tersalah,
maaf di pohon.

Thursday, December 2, 2010

KEMBALI KE PANGKAL JALAN.

SALAM SEJAHTERA,

         Semoga Allah S.W.T memberkati kita semua. Kepada Yang Maha Esa kita akan di kembalikan. Sering kali aku terfikir untuk apakah aku berada di dunia. Sudah sememangnya kita tahu, bahawa kita sebagai umat islam percaya akan perkara2 ghaib. Iaitu akan adanya hari pembalasan serta ada neraka dan syurga. 

        Berbalik kepada tujuan kita hidup didunia tadi. Banyak yang kita dapat perhatikan sekarang bahawa manusia sudah seakan2 lupa pada tanggungjawab mereka sebenarnya. Banyak yang memintingkan hal2 duniawi ini. Di tambah pada masa sekarang ramai remaja kita telah hanyut dengan keseronokkan dunia. 

        Sekarang ni kita tahu, kita lahir sebagai umat islam. Tapi jangan lah anugerah tuhan itu itu kita sia2kan. Hayatilah ia dengan mendalam. Anda akan rasai hidup anda akan lebih bermakna. Sealagi kita hidup kita perlu menjaga Akidah kita supaya tidak terpesong jauh.

       Sekiranya anda merasa anda sudah terpesong. Masih ada lagi masa untuk berubah. Masa untuk kembali kepada jalan yang benar. Kerana Allah S.W.T itu Maha Pengampun dosa. Sekiranya kita bertaubat.


VIDEO NI SATU PENERANG YANG LEBIH JELAS LAGI. KEPADA PARA PEMBACA DI HARAP MEMBERI PEDOMAN DAN TUNJUK AJAR KEPADA KITA SEMUA.






ISLAM AGAMA KU, 
AKU BERSYUKUR KERANA DILAHIRKAN DALAM AGAMA ISLAM, 
AKAN KU PELIHARA AGAMA KU,
AKAN KU SEBAR AGAMA KU, 
KERANA YANG TERBAIK PERLU DIKONGSIKAN, 
YA ALLAH S.W.T BUKA KAN LAH PINTU HATI KU, 
AGAR AKU BISA MENGINGATI MU YA TUHANKU,
AMIN...

Wednesday, December 1, 2010

..........MURTAD........

Salam sejahtera, muga allah akan memberkati hidup kita semua.
selama ini adakah kita betul2 menghayati apakah erti islam. apakah erti perjuangan islam. perjuangan yang dibawa oleh Penghulu kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Sering kita tahu bahawa sejak kita lahir kita dalam islam. serta sesiapa sahaja sebenarnya dilahirkan sebagai orang islam. banyak perkara2 yang kita tidak tahu bahawa kita boleh terkeluar dari islam. Dengan kata lain iaitu murtad. disini saya kongsikan video ini untuk pengatahuan dan ilmu yang berguna...

.......SELAMAT MENONTON........

Thursday, October 21, 2010

my life is complicated....

my life is complicated....



hidupku penuh dengan tanda tanya.....
mengapa aku lahir ke dunia ini.....
mengapa  aku perlu jalani hidup di dunia ini....
bagaimana kah cara yang terbaik untuk tersebut aku layarkan....
apakah ada cara yang tebaik...
pikiran itu asyik saja membelenguni otak aku....
sesungguh nya aku percaya bahawa ada yang Maha pencipta,
yang talah menciptakan aku dari setitis air mani....
Dia yang Maha Esa....
akan ku turuti segala suruhanNya....
agar aku mendapat keberkatan dalam menjalani hidup ini....
aku hanya lah seorang hamba yang diciptakan untuk beribadat kepada Nya....
semakin jauh aku berlayar semakin aku lupa terhadap Nya....
mengapakah ini berlaku keatas diri ku....
aku memohon kepada Mu Allah S.w.t agar berkatilah,
lindungi lah hamba mu ini dari segala maksiat dan keriakan....
agar aku bisa mengikuti dan mentaati ajaran Mu...

Ya Allah.... aku bersejud kepada Mu.......
berilah aku hidayah mu....
aku percaya tiada Tuhan selain Mu...... Ya Allah.......
aku percaya bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhMu...... Ya Allah.....

AMPUNNILLAH DOSA HAMBA MU YANG HINA LAGI ZALIM INI......











Monday, October 18, 2010

Asal usul negeri ku......... kelantan........





  Assalamualaikum........ aku bangga menjadi rakyat malaysia yang dilahirkan di kelantan negeri yang banyak keistimawaan nyer..... alhamdulillah... syukur aku ke hadrat Yang Maha Esa... Allah S.W.t.... disini aku coretkan tentang asal usul negeri ku.... kelantan darul naim.... petikan ini di petik dari  http://en.wikipedia.org/wiki/Kelantan#History..... di harap selamat membaca.........


 Nama Kelantan dikatakan rasuah dari Hutan Gelam, iaitu kata Melayu untuk kayu putih, atau paya tea tree (Melaleuca leucadendron). Teori lain yang mendakwa nama berasal dari kilatan kata Melayu, 'berkilauan berkilau /' atau Tanah Kolam, 'liat kolam'. Kelantan disebut Klantan (Thai: กลันตัน) oleh Siam ketika berada di bawah pengaruh mereka.Sejarah awal Kelantan bekas penempatan manusia yang berbeza dating kembali ke zaman prasejarah. Awal Kelantan mempunyai hubungan dengan Kerajaan Funan, kerajaan Khmer, Sri Devi dan Siam [rujukan?]. Sekitar 1411, Raja Kumar, penguasa Kelantan, menjadi bebas dari Siam, dan Kelantan menjadi pusat penting perdagangan pada akhir abad ke-15.Pada 1499, Kelantan menjadi negara bawahan dari Kesultanan Malaka. Dengan jatuhnya Melaka pada tahun 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh pemimpin kecil, memberikan penghormatan kepada Patani, maka Kerajaan Melayu tertinggi semenanjung timur. Pada awal abad ke-17, sebahagian besar kepala Kelantan menjadi tunduk Patani.Sekitar 1760, Long Yunus, seorang panglima perang bangsawan asal Patani berjaya menyatukan wilayah Kelantan saat ini. Long Yunus pada tahun 1800 digantikan oleh putranya, Long Muhammad, yang memerintah sebagai Sultan Muhammad I. kematian Muhammad Long punya anak mencetuskan perang saudara di antara pengadu takhta. keponakan-Nya dan kanak-kanak dari Long Tan (Temengggong), Long Senik Mulut Merah, menang atas paman dan sepupu dan mengambil takhta pada 1835 sebagai Sultan Muhammad II.Sultan Muhammad II leveraged pada perikatan longgar dengan Siam untuk membentuk negara bagian Kelantan moden yang berpusat di benteng barunya (Kota Bharu) di tepi timur sungai Kelantan.Berdasarkan syarat Perjanjian Anglo-Siam pada tahun 1909, orang Thai melepas tuntutan atas Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dengan United Kingdom, dan Kelantan sehingga menjadi salah satu Negara Unfederated Melayu dengan Penasihat Inggeris.Kelantan adalah tempat pertama di Malaya untuk ditempati oleh Jepun, yang menceroboh pada tarikh 8 Disember 1941. Selama pendudukan Jepun, Kelantan datang lagi di bawah kawalan dari Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada bulan Ogos 1945, Kelantan dikembalikan kepada kerajaan Inggeris.Kelantan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaya pada tarikh 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negara-negara lain mencapai kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957. Pada tarikh 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu komponen negara Malaysia. [Rujukan?][Sunting] GeografiRising tinggi di lereng Gunung Korbu, puncak tertinggi kedua di Semenanjung Malaysia, Nengiri Sungai mengalir di sebelah timur untuk menyertai pertama dengan Galas, dan kemudian dengan Lebir - yang terakhir lahir di belantara Taman Negara Taman Nasional - sebelum berbalik tegas utara dan bermuara ke perairan dangkal Laut China Selatan. Dari Kuala Krai di siam sungai menjadi Sungai Kelantan, aliran, luas lumpur berwarna yang mendominasi dataran pantai yang subur dan mendefinisikan geografi daerah. Lembah Sungai Kelantan adalah nasi mangkuk-subur, kaya kayu keras dan getah dan subur dengan buah-buahan tropika.Selama berabad-abad, Kelantan itu semua tapi berasingan dari bahagian negara oleh Banjaran Titiwangsa, sebuah pergunungan berjalan dari utara ke selatan melalui semenanjung. Minggu perjalanan keras yang diperlukan bagi mencapai Kelantan. "Cara mudah" untuk Kelantan adalah untuk belayar di sekitar semenanjung ini, mencabar laut dan bajak laut. Untuk alasan ini sejarah Kelantan sering melibatkan laut, dan perahu. Bahkan saat ini, banyak penduduknya yang sangat terikat ke laut. Sebuah perbincangan dengan banyak penduduk pesisir akan mengesahkan bahawa nenek moyang mereka, sejauh mereka tahu, adalah "laut."Pada awal 1980-an, jalan batang dibina untuk menghubungkannya dengan negara-negara di dekatnya. Saat ini, seseorang boleh melakukan perjalanan melalui jalan darat dari ibu kota Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui pergunungan dalam masa 5 jam.

sekelian saja, terima kasih....
sex kito...........
maju kita maju......

deAn................

Sunday, October 10, 2010

misteri kehidupan...

assalamualiakum dan salam sejahtera,

sudah lama aku tidak coretkan apa2 dalam blog aku nie. aku mempunyai masaalah2 yang tertentu. aku arap hidup aku nie penuh dangan makna. biar pon orang lain tengok hidup aku nie terumbang ambing macam tiada hala tuju dan matlamat. yang penting aku tahu hanya aku sorang je yang mengatahui tentang hidup aku nie. betu kata pepatah kita tidak semestinya sentiasa berada di atas. adakala kita terpaksa berada di bawah. aku yakin dan bertawakal kepada yang Maha Esa kehidupan aku lebih bermakna kiranya hati aku nie suci dan aku mohon petunjuk dariNya supaya lindungilah aku dari segala musibah2 di dunia ini.

      apa yang penting sekarang masa yang amat berharga adalah masa sekarang. masa lalu aku begitu perit untuk aku lalui. biarlah ia menjadi satu sejarah hidupku dan pengajaran kepada ku. aku berpesan kepada semua jagalah diri anda sebaik2nya. kerana diri anda begitu berharga dan ada sesuatu tentang diri anda. keunikan yang anda tidak ketahui. carilah keunikan itu untuk mendapat kebahagiaan yang tersendiri. senangtiasa memohon pertolongan dari Yang Maha Esa. kerana ia adalah pencipta kita. Ia tahu segenap yang terdetik di hati kita. hahahaha.... macam ustaz la plak aku nie kan... what ever la.... janji aku leh uat kebaikan nyer......

       banyak yang mencari apa erti kehidupan yang kita lalui sekarang. kita terlalu unik untuk ditaksifkan. manusia yang penuh dengan keegoan, yang banyak beragama serta yang banyak berbangsa. adalah penting bagi kita mengenal pasti niat dan tujuan kita dilahirkan. mengenali diri sendiri dari sudut pandangan yang jelas dan tepat. begitu misteri hidup kita ini. moga2 kita dapat petunjuk dari Allah S.W.t.

sekian saja untuk coreten ini.
insan yang inginkan revolusi dalam setiap sudut..............

Mr DeaN.....

Thursday, August 26, 2010

MASA................... PENTING BEB....!!!!

sesungguhnya masa amat penting bagi seseorang.... ada nya masa ada hidup di dunia ini.... ada ibarat mengatakan masa itu emas... makin hari makin naik harganya... tambah2 plak pada era yang ke -21 nie.... akan tetapi bagi orang yang bijak pandai... masa boleh digandakan untuk mendapat wang serta amal yang baik iaitu pahala.... masa yang diberikan oleh kita dalam sehari iaitu 24 jam.... bagaimana orang yang bujak pandai dapat merungkap atau mengolah masa itu seperti dia mempunyai masa 48 jam dalam sehari... pelik kan... maksub saya disini, kita ada 24 jam dapat menghasilkan hanya rm 100 je.... akan tetapi orang yang bijak pandai dapat menghasilkan rm200... dalam situasi yang sama... berkedudukan sama.... hehehehe..... fikir sendiri la beb,....
             satu bangunan / rumah tidak boleh siap dalam satu hari..... akan tetapi sekiranya ramai orang yang menyumbangkan tenaga kerja.... bangunan itu akan siap.... penyelesaian dan pemikiran anda terletak pada kebijaksanaan anda....

           FIKIR2KAN LAH..... RENUNG2KAN LAH......

          MOGA JUMPA ANDA DIPUNCAK KEJAYAAN....

DeaN........... tempuhi hidup dengan senyuman......

Wednesday, August 25, 2010

salam semua sahabat.

blog nie aku buat semata-mata untuk aku coretkan segala kisah hidup aku dan pendapat2 aku... tapi mungkin ada la tak boleh aku coretkan... hehehehe.... biasa la x kan kita nak bagi taw semua orang tentang kisah hidup kita.. aku harap blog aku nie dapat memberi sumber cahaya kepada aku untuk terus maju... coretan kat blog nie pom khas untuk renungan aku dan pendapat aku.. kalau ada sesape nak join di alu-alukan... di harap juga dapat memberi nasihat serta pengajaran terhadap hidup aku......
      objektif blog ini adalah luahan masaalah dan pendapat budak yang bernama khairul nie.... serba sedikit aku boleh meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku... tak kira lah dari segi ape pom... politik ke, ugama ke, berita sensasi ke, dunia hiburan ke... dan banyak lagi la ke.....
      selain tu juga, aku harap blog aku nie akan jadi terkenal suatu ari nanti.... tak pom menjadi satu tempat yang mana perbincangan isu-isu panas kat blog aku nie.... perghhhhhh.... angan2 mat jenin aku nie.... tapi kalu tak jadi pom nak uat cam ner.... uat bodoh jer.... kurangnyer aku ada tempat ok coretkan masaalah aku serta pendapat aku.... tak gitu.....
     aku rasa untuk tengah hari nie, cukup tok setakat nie je la aku coret kan serba sedikit tentang blog nie.... al maklum lah.... post pembukaan katakan.......

    pasti tiada yang mustahil........ dean....